Atasi Fake News – Ini Laman² Rasmi Berita Covid-19

Sembang, ZAP, ZeKool

Sejak kehadiran wabak virus Covid-19 yang melanda satu dunia dengan simptom-simptom seperti atau seakan demam, batuk dan selsema yang tersebar luas.

Selain penyebaran wabak ini berluasa, bukan sahaja penyebaran wabak ini saja yang berluasa tetapi penyebaran maklumat yang kurang pasti tentang penyakit yang membawa maut ini. Ramai daripada kita ingin menjadi orang yang pertama untuk sebarkan maklumat tentang koronavirus ini namun tidak tahu menahu tentang kesahihan berita yang dikongsikan sama ada di Facebook, Twitter mahupun group-group Whatsapp.

Jadi dengan itu, mari kita check out website-website rasmi yang boleh dipercayai untuk maklumat dan berita terkini tentang virus Covid-19.

LAMAN KHAS COVID-19 BH

Image via: Thelaki.com.my

Ketika artikel ini sedang ditulis, terdapat 1,030 orang di Malaysia yang sudah disahkan positif menghidap penyakit Covid-19. Sebanyak 87 orang yang telah pun pulih kesihatan daripada wabak ini dan 3 orang yang disahkan meninggal akibat jangkitan koronavirus. Semua info dan maklumat ini boleh didapati secara langsung kesemuanya di laman khas untuk Covid-19 yang disediakan oleh laman web rasmi Berita Harian.

Di laman web khas yang didedikasi untuk Covid-19 oleh Berita Harian ini juga menyediakan berita terkini yang terus menurus tentang perkembangan mengenai penularan wabak ini. Selain itu Berita Harian juga turut menyediakan video-video infografik untuk pembaca menghadam dan ambil tahu tentang penularan wabak Covid-19.

Yang kami rasa paling menarik juga adalah tab Garis Masa berita-berita terkini tentang Covid-19 ini. Semestinya berita-berita yang terdapat di laman ini adalah yang sah ditulis oleh wartawan-wartawan Berita Harian yang tidak henti menyediakan laporan yang sahih dan terkini sepanjang masa, jadi kita tidak perlu risau jika terlepas daripada mendapatkan berita terkini dalam kadar segera.

OUTBREAK.MY

Image via: Thelaki.com.my

Satu lagi website yang boleh dipercayai untuk korang dapat info yang terkini yang dimuatnaik secara langsung adalah website Outbreak.my. Website yang diadakan sejak penularan wabak ini di Malaysia berlaku ini bukan sahaja menyediakan live statistic jumlah kiraan yang disahkan menghidap Covid-19, bilangan yang sudah sembuh dan jumlah kematian. Tetapi ianya juga menyediakan details-details tentang jumlah mangsa Covid-19 yang berada di dalam rawatan serta jugak jumlah orang ramai yang masih menunggu keputusan rasmi tentang kesihatan mereka. Yang menariknya, di laman web ini juga turut tersedia jumlah bilangan mangsa-mangsa Covid-19 yang telah di breakdown mengikut negeri masing-masing di Malaysia. Buat masa artikel ini ditulis, negeri Selangor mencatatkan bilangan mangsa yang tertinggi untuk wabak Covid-19 ini.

Dilaman web ini juga kita turut diberikan info-info tentang kes-kes Covid-19 yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan adanya info-info tentang kronologi mangsa Covid-19 ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai jika pernah berjumpa atau berada di lokasi kejadian mangsa menimpa koronavirus.

Di laman web ini juga terdapat laman khas yang untuk mengesahkan berita palsu yang tersebar meluas. Ianya membantu para penguna untuk mengesahkan berita-berita what disebarkan melalui aplikasi media sosial.

SEBENARNYA.MY

Image via: Thelaki.com.my

Ini lagi satu website yang memberikan korang berita-berita yang lebih sahih dan terperinci daripada pelbagai topik seperti Bencana, Ekonomi, Keselamatan, Pendidikan Pengangkutan dan pelbagai lagi berita yang memberikan pembaca kepastian tentang keaslian penyebaran berita tersebut. Sepanjang penularan virus Covid-19 ini juga website cuba menyampai berita yang lebih memberikan penguna kepastian pada penularan berita virus tersebut.

Laman web ini juga memberikan penguna untuk menyampaikan maklumat mengenai berita yang ditentusahkan yang melibatkan kepentingan awam.

KATALAKI: Tak pasti jangan kongsi je gais bak kata website Sebenarnya.my…

Last modified: 22 March 2020