Atok & Nenek Buat Team Esports!

Sembang

Kalau dekat Malaysia, biasa kita tengok warga emas yang dah berusia 60 tahun ke atas semuanya habiskan masa bermain dengan cucu, berkebun belakang rumah dan sebagainya. Tapi bagi warga emas yang berasal daripada Sweden ini, mereka menghabiskan masa mereka untuk menjadi pasukan CS:GO tertua di dunia!

Pasukan yang digelar sebagai Silver Sniper ini dianggotai oleh Olivind “Windy” Toverud, Wanja “Knitting Knight” Godange, Abbe “BirDie” Drakborg, Monica “Teen Slayer” Idenfors dan Baltasar “El_Nino” Aguirre. Pemain paling muda dalam pasukan ini berumur 61 tahun makanala yang paling tua pula berumur 76 tahun!

Pada mulanya, pasukan ini dilatih oleh Tommy Ingemarsson ataupun lebih dikenali sebagai Potti yang mana merupakan founder pasukan CS:GO terkenal iaitu Ninjas in Pyjamas dan tak dilupakan merupakan 10 kali juara dunia dalam kejohanan CS:GO. Dia kemudiannya bersara dan menjadi jurulatih sepenuh masa untuk pasukan Silver Sniper pada tahun 2017.

Walaupun menerima latihan daripada Tommy, pasukan Silver Sniper masih kecundang namun itu tidak melemahkan semangat mereka untuk bertanding lagi. Semenjak daripada itu, pasukan Silver Sniper mula menerima feedback yang bagus daripada orang ramai seluruh dunia. Tidak dilupakan, Lenovo telah mengambil pasukan Silver Sniper untuk bermain dibawah jenama mereka.

Sebenarnya, Lenovo banyak memainkan peranan dalam terciptanya pasukan ini. Pada mulanya, Lenovo telah mengeluarkan iklan yang mana mereka mencari warga emas yang berminat untuk bermain dalam pasukan yang ditaja oleh Lenovo. Kesemua mereka kemudiannya berjaya dipilih bermain untuk pasukan Silver Sniper.

Satu lagi info yang menarik untuk pasukan Silver Sniper ini adalah hampir semua ahli pasukan ini tidak pernah bermain permainan video CS:GO sebelum ini. Sebelum ini, Monica “Teen Slayer” Idenfors cuma bermain permainan video yang ada di Facebook dan mengatakan pengalam bermain dalam pasukan Esports merupakan satu pengalaman yang paling menyeronokkan baginya.

Baru-baru ini, pasukan Silver Sniper telah menerima beberapa rombakan yang mana pemain Monica “Teen Slayer” Idenfors telah digantikan dengan Inger “Trigger Finger” Grotteblad. Mereka juga telah bertukar jurulatih yang mana sekarang mereka sedang dilatih oleh Fredrik “Jaegarn” Andersson.

Kali terakhir Fredrik bermain untuk tournament CS:GO adalah pada tahun 2009 untuk kejohanan Inferno-Online League Season 1 yang mana memperlihatkan pasukannya ketika itu iaitu Begrip Gaming mendapat tempat pertama dan membawa pulang USD4,040.20!

KATALAKI: Walaupun umur dorang dah tua, dorang lagi power daripada aku!

Last modified: 6 November 2019