Aubameyang Boleh Hat-Trick Kali ni? Man Utd vs Arsenal

Aktif, Bola

Tahniah untuk Arsenal yang berjaya buat comeback tewaskan Tottenham Hotspurs untuk Gameweek 14 hari tu. Comeback is real bebeh! Memang dari awal sampai ke sudah Arsenal dan Tottenham Hotspurs tak berhenti menyerang. Arsenal semakin bertambah yakin nampaknya untuk terus kekalkan kemenangan dalam Premier League. Takde la dicop team ayam lagi.

Selain daripada perlawanan tumpuan minggu lepas antara Arsenal dan Tottenham Hotspurs, bawah ni result untuk beberapa lagi perlawanan hari tu. Liverpool nyaris seri dengan musuh jiran setempat, Everton!

Sumber : premierleague.com

Korang jangan tak perasan lak, match Premier League untuk Gameweek 15 start rabu ni. So, jangan lupa update team Fantasy Premier League korang. Point Gameweek 14 hari tu on ke tak on? Sebab Sergio Aguero tak main hari tu, habis kelam kabut point semua orang. Terima kasih Pep Guardiola.

Ini antara perlawanan tumpuan Premier League minggu ni.

Watford VS Manchester City, 5 Disember 4.00 Pagi

Sumber : premierleague.com

Mungkin ni perlawanan yang mudah untuk Manchester City dapat 3 point penuh. Watford dah lama tak menang dalam perlawanan Premier League. Kali terakhir Watford menang pada 27 Oktober hari tu. Ahad hari tu siap kena lauk dengan Leicester City. Boleh la kot Manchester City menang dengan selesa nanti. Watford pun tak pernah lagi  menang lawan Manchester City dalam Premier League.

Burnley VS Liverpool, 6 Disember 3.45 Pagi

Sumber : premierleague.com

Liverpool hari tu hampir-hampir nak seri dengan Everton. Nasib baik Divock Origi bijak cari peluang untuk curi satu gol. Gameweek 15 ni Liverpool akan bertemu dengan Burnley sebagai pasukan pelawat. Prestasi Burnley setakat ni pun agak terumbang-ambing. Boleh rasanya Liverpool tapau Burnley. Burnley pun pernah menang dan seri sekali je dengan Liverpool. Come on Liverpool.

Wolves VS Chelsea, 6 Disember 3.45 Pagi

Sumber : premierleague.com

Chelsea kena menang game ni untuk kejar Manchester City dan Liverpool dalam Premier League. Kalau tengok record Wolves VS Chelsea sebelum ni, memang Chelsea boleh menang mudah dengan Wolves. Gameweek 14 hari tu pun Wolves kalah 2-1 dengan Cardiff City.

Tottenham Hotspurs VS Southampton, 6 Disember 4.00 Pagi

Lepas Spurs kalah dengan Arsenal hari tu, mesti Spurs satu team nak bangkit balik daripada kekalahan. Kalau Spurs terus kalah, Manchester City, Liverpool dan Chelsea makin jauh tinggalkan Spurs dalam Premier League. Gameweek 15 nanti Spurs akan bertemu dengan Southampton sebagai tuan rumah. Tapi untuk Gameweek 14 hari tu, Southampton lawan Manchester United. Berkicap juga Manchester United nak kejar Southampton lepas ketinggalan 2-0. Boleh ke Spurs menang lawan Southampton nanti?

Manchester United VS Arsenal, 6 Disember 4.00 Pagi

Sumber : premierleague.com

Perlawanan yang paling ditunggu untuk Gameweek 15, Arsenal akan bertandang ke Old Trafford untuk bertemu dengan Manchester United. Kalau tengok record head-to-head sebelum ni memang Manchester United lagi banyak menang. Tapi dengan prestasi kedua-dua pasukan ni sekarang, Arsenal lagi nampak meyakinkan untuk menang match ni. Dalam perlawanan ni nanti juga kita boleh tengok macam mana Alexis Sanchez beraksi menentang bekas pasukannya. Tu pun kalau Alexis Sanchez diturunkan untuk main.

KATALAKI: Korang dah join belum giveaway Jersi Home & Away Malaysia dalam artikel NI?

Last modified: 3 December 2018