Avengers: Endgame Review Tanpa Spoiler

Sembang

Mungkin ada antara korang yang dah tengok dan belum lagi tengok filem Avengers: Endgame. Artikel kali ni kami nak review daripada sudut pandangan kami sendiri pasal filem Avengers: Endgame. Kami takkan ceritakan apa yang jadi dalam Avengers: Endgame atau plot filem ni. Senang cerita takde spoiler. Korang boleh baca dengan aman.

Filem Avengers: Endgame ni merupakan filem ke-22 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sejak filem pertama yang ditayangkan pada tahun 2008 iaitu Iron Man. 22 filem weh. Rasanya satu filem MCU pun kita tak terlepas untuk tengok kat wayang. Filem ni gak merupakan filem penamat untuk era Infinity Saga dalam dunia Marvel.

Image Via : screenrant.com

Semua pun dah tahu yang durasi filem Avengers: Endgame ni selama 3 jam. Tak pernah lagi filem-filem MCU sebelum sampai 3 jam. Ada sebab kenapa filem ni sampai 3 jam. Nak terberak ke nak terkencing ke, korang settle kan dulu sebelum masuk dalam wayang. Kalau tak, korang tahan je la 3 jam.

Image Via : geektyrant.com

Jalan cerita Avengers: Endgame ni ialah sambungan kepada filem Avengers: Infinity War dan juga sambungan kepada post-credit scene filem Captain Marvel. So, kalau ada lagi yang tak tengok lagi filem Avengers: Infinity War dan Captain Marvel, rasanya elok korang tengok dulu kang takut tak faham lak.

Image Via : bgr.com

Bagi yang betul-betul ikut dan minat dengan filem-filem MCU, boleh dikatakan yang filem ni sangat-sangat beremosi. Kenapa kami kata filem ni emosi? Dalam Avengers: Infinity War, Thanos dah pun berjaya menghapuskan separuh daripada populasi dunia. Dalam Avengers: Endgame ni, korang dapat rasa apa yang cuba disampaikan oleh MCU iaitu macam mana perasaan manusia yang tinggal kat dunia lepas apa yang Thanos buat.

Image Via : syfy.com

Bayangkan korang dan beberapa manusia lain je yang tinggal kat bumi ni. Keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja dan orang yang rapat dengan korang semua hilang disebabkan Thanos. Apa perasaan korang masa tu? Tu lah yang cuba ditunjukkan dalam filem Avengers: Endgame.

Image Via : syfy.com

Disebabkan durasi filem ni selama 3 jam, permulaan Avengers: Endgame mungkin agak slow untuk menunjukkan keadaan dan perasaan superhero Avengers yang tinggal selepas gagal untuk kalahkan Thanos. Ada yang jiwa kacau, ada yang memberontak, ada yang kecewa dan ada gak yang masih cuba untuk cari jalan penyelesaian kepada masalah yang Thanos dah buat.

Kalau korang ada terbaca mana-mana respons orang yang dah tengok filem ni, mesti ramai mengaku yang filem ni sangat sedih dan ramai menitiskan air mata dalam wayang. Menangis bukan sekali, tapi berkali-kali. Bukan senang filem Hollywood yang berunsurkan superhero boleh buat penonton menangis.

Image Via : digitalspy.com

Boleh nampak la betapa kuatnya impak filem-filem MCU dalam kehidupan penonton dan peminat filem-filem MCU sampai boleh menangis disebabkan kejahatan Thanos yang melampau. Tahniah gak la untuk Marvel sebab berjaya menyelitkan rasa kasih sayang penonton dengan filem-filem MCU dari tahun 2008 sehingga 2019. Bukan senang nak buat lelaki menitik air mata tengok filem dalam wayang bro.

Image Via : syfy.com

Filem Avengers: Endgame gak membuatkan korang berfikir dengan jalan cerita yang dipersembahkan dalam filem ni. Apa yang terjadi dalam Avengers: Endgame semuanya melibatkan atau ada kaitan dengan filem-filem MCU sebelum ni. Sejujurnya, kali pertama kami tengok filem ni, ada rasa tak puas hati, ada banyak persoalan yang timbul. Tapi disebabkan Marvel memang nak penonton berfikir untuk faham apa yang dorang cuba sampaikan dalam filem Avengers: Endgame ni, kali kedua kami tengok filem ni, baru kami puas hati dan betul-betul faham dengan Avengers: Endgame dan franchise filem-filem MCU.

Image Via : cnet.com

Lepas habis je filem Avengers: Endgame ni, kami masih tertanya-tanya dan excited untuk tahu apa yang Marvel akan buat seterusnya untuk mengekalkan kehebatan empayar filem-filem MCU. Rasanya banyak lagi filem-filem MCU yang akan ditayangkan nanti. Filem MCU seterusnya selepas Avengers: Endgame yang dah confirmed ialah Spider-Man: Far From Home yang akan ditayangkan pada 2 Julai 2019. Kita tunggu je lah apa lagi kejutan yang Marvel akan bagi lepas ni.

KATALAKI: Disebabkan Avengers: Endgame ni filem terakhir untuk Infinity Saga, takde post-credit scene. Tapi kalau korang rajin nak tunggu gak, penghujung credit filem ni ada bunyi tersembunyi seakan bunyi besi diketuk. Tak tahu la apa yang cuba disampaikan oleh Marvel. Marvel memang tak pernah buat kita berhenti berfikir pasal filem-filem MCU.

Last modified: 10 May 2019