Smartphone Edisi Avengers – OPPO F11

Gadget, Tech

Hari tu, pihak OPPO ada menjemput kitorang untuk hadir ke pelancaran smartphone OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition dorang di Sunway Velocity. Yang menariknya, OPPO berbesar hati nak belanja kitorang tengok Avengers: Endgame sekali so kitorang pun on saja bro!

Bercerita tentang smartphone OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition ini, ia merupakan kerjasama rasmi antara OPPO dan pihak Marvel Studio. Smartphone ini telah dirasmikan pada 24 April 2019 dan akan mula dijual di Malaysia dan negara-negara lain seperti Thailand, Indonesia, Philippines dan banyak lagi.

Disebabkan Marvel memang terkenal dengan fans dia yang sangat ramai, OPPO telah mengambil kesempatan ini untuk berkerjasama demi menarik lebih ramai peminat-peminat muda. Sebenarnya OPPO F11 Pro ini telah mula diperkenalkan pada bulan March yang lepas lagi. Cumanya untuk versi terhad Avengers sahaja yang baru diperkenalkan pada minggu ini.

Namun terdapat beberapa perbezaan daripada bahagian design dan spec diantara OPPO F11 Pro dan OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition. First sekali kita tengok daripada segi design dia. Untuk OPPO F11 Pro Avengers ini, terdapat gambaran logo Avengers berwarna merah dibahagian belakang smartphone ini.

Satu lagi benda menarik yang aku lihat masa pelancaran smartphone ini, wakil daripada OPPO menerangkan ciri-ciri yang terdapat pada smartphone ini diinspirasi daripada superhero di dalam movie Avengers: Endgame. Contohnya seperti Iron Man yang mempunyai tech armor yang sangat canggih, OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition ini juga dilengkapi dengan highend rising camera untuk camera hadapan.

Thor, The God of Thunder pula memberikan inspirasi kepada OPPO untuk meletakan feature VOOC flash charge 3.0 yang memberikan smartphone ini charging speed yang pantas. Hulk yang terkenal dengan badannya yang besar, memberikan idea kepada OPPO untuk meletakan 6GB RAM dan 128GB storage kepada OPPO F11 Pro edisi terhad ini. Apa yang aku perasan, terdapat perbezaan pada storage OPPO F11 Pro Avengers ini dengan OPPO F11 Pro biasa iaitu untuk OPPO F11 Pro standard edition cuma meletakan storage sebesar 64GB sahaja.

OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition ini juga didatangkan dengan phone case Captain America edisi khas yang mana terdapat shield Captain America dibahagian belakangnya yang berfungsi sebagai finger ring. Kenalah dengan watak Captain America yang sentiasa melindungi benda yang dia sayang!

Smartphone ini juga didatangkan dengan kotak khas berwarna hitam dengan logo Avengers. Yang lagi menariknya, setiap kotak akan diberikan stamped collector’s badge yang terdapat pada Collection Certificate. Barulah korang boleh berlagak dengan member korang yang koranglah fan Marvel yang paling true!

Harga jualan untuk OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition ini sama dengan harga OPPO F11 Pro standard edition yang keluar pada bulan March yang lepas.

  • Screen: 6.53 inci LCD FullHD+
  • Chipset: MediaTek Helio P70
  • RAM: 6GB
  • Storage: 128GB
  • Rear Camera: 48MP + 5MP
  • Front Camera: 16MP

ONZ

  • Avengers Limited Edition design
  • Captain America smartphone case
  • Storage lebih besar daripada OPPO F11 Pro Standard Edition 

TAK ONZ

  • No 4K video recording
  • Still guna MicroUSB dan bukannya USB Type-C

 

Korang boleh dapatkan OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition ini di sini – Oppo Official Store @ Lazada

KATALAKI: So apa perasaan korang lepas tengok Avengers: Endgame?

Last modified: 15 May 2019