Axis Esports MLBB – Pasukan Baru Ungguli MPL Season 4!

Sembang

Nampaknya MPL MY/SG Season 4 kali ini, kita dapat melihat pasukan-pasukan baru telah menunjukkan gameplay yang sangat mantap. Aku sendiri terkejut dengan beberapa result yang ditunjukan oleh pasukan-pasukan ini salah satunya adalah pasukan Axis Esports MLBB.

Buat masa ini, pasukan Axis Esport MLBB terus cemerlang berada di tangga teratas jauh meninggalkan pasukan-pasukan otai dan juara MPL Season 3 yang lepas iaitu Geek Fam. Buat masa ini pasukan Geek Fam berada di tangga kelima manakala Axis Esports MLBB berada di tangga pertama! Disebabkan pasukan ini masih lagi baru ditubuhkan, jom kita berkenalan sedikit siapa dia Axis Esports MLBB ini.

Pasukan Axis Esports MLBB merupakan hasil idea Encik Syed Fakrurrozi yang juga merupakan Pengarah untuk Axis Esports sekarang. Tujuan Axis Esports hanya satu, untuk memberikan persaingan terdapat pasukan-pasukan Esports yang sudah ada di Malaysia dan juga negara jiran.

Bagi mendapatkan pasukan yang mantap dan hebat, Encik Syed telah berjumpa dengan Esports player tempatan dan mula merancang untuk membentuk satu pasukan Esports Mobile Legends: Bang Bang. Pada 25 May 2019, Terbentuklah pasukan Axis Esports MLBB. Satu info yang mungkin korang tidak tahu, beberapa player dalam Axis Esports MLBB merupakan bekas pemain untuk pasukan Reborn.

Di dalam pasukan Axis Esports MLBB, terdapat enam orang player kesemuanya. Playerplayer ini adalah Muhammad Hazeem Bin Onn (Scott), Saw Kee Loong (Loong), Muhammad Nur Hafis Bin Jamiran (Evilx), Rizki Hidayat B Abd Mutalib (.Zee), Fiqri Atiq Bin Mohd Fauzi Lai (Lacid) dan juga Muhd Firdaus Bin Abdul Jamil (Rynn).

Pasukan Axis Esports tidak hanya fokus kepada permainan video Mobile Legends: Bang Bang sahaja, dorang juga turut juga bertanding dan cuba menceburi permainan video lain seperti Arena of Valor, League of Legend, PUBG Mobile, Hearthstone dan juga Call of Duty. Mereka juga dalam perancangan untuk membentuk beberapa pasukan untuk bermain dibawah Axis Esports untuk permainan video yang lain.

Walaupun pasukan Axis Esports MLBB baru sahaja ditubuhkan, mereka giat memasuki pelbagai tournament bagi mencipta nama dan mendapatkan pengalaman. Tujuan mereka memasuki tournamenttournament ini juga dikatakan sebagai persiapan untuk memberikan gameplay terbaik semasa MPL MY/SG Season 4. Antara tournament yang dorang pernah masuk adalah Axis League Season 2, Johan di Melaka eSports Festival, Top 6 di Challenger Summit Final Playoff dan tempat kedua di Ace Series MLBB Tournament.

Selain memasuki pelbagai tournament lain untuk mendapatkan pengalaman untuk memasuki MPL MY/SG Season 4, pasukan Axis Esports juga turut menyediakan fasiliti yang terbaik bagi pasukan mereka. Latihan intensif daripada pelbagai sudut turut diadakan bagi memantapkan skill dan mencari strategy baru. Axis Esports turut menyediakan penganalisa bagi memastikan latihan teori dan teknikal setiap pemain berada ditahap terbaik.

Ketika ditanya tentang Mobile Legends World Cup M1 yang bakal diadakan tidak lama lagi, mereka menyatakan mereka akan menyertai tournament tersebut. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga menyatakan mereka akan memastikan pasukan Axis Esports MLBB akan menjadi pasukan pertama yang memenangi Mobile Legends World Cup dan mengharumkan nama Malaysia!

Kata-kata akhir daripada pasukan Axis Esports MLBB, mereka berjanji akan memberikan aksi yang terbaik sepanjang MPL MY/SG Season 4 dan memastikan mereka akan terus berada di tangga teratas dan membawa pulang piala MPL MY/SG Season 4. Mereka juga turut berterima kasih kepada penyokong-penyokong pasukan Axis Esports dan meminta penyokong terus memberikan sokongan yang padu kepada mereka!

KATALAKI: Nampak macam betul sahaja tekaan aku Season 4 ini final pasukan baru akan berjumpa dengan pasukan baru jugak!

Last modified: 6 September 2019