Aziz M. Osman Kembali Dengan XX-Ray 3!

Sembang

Setelah 23 tahun selepas XX-Ray 2, baru-baru ini kitorang dikejutkan dengan trailer dan poster untuk filem terbaru Aziz M. Osman iaitu XX-Ray 3. Aziz M. Osman menyatakan didalam Instagram miliknya yang trailer dan di pertontonkan bukanlah trailer rasmi dan hanya bertujuan untuk presentation peribadi.

Katanya lagi, trailer dan poster yang sebenar hanya akan dikeluarkan selepas mendapatkan tarikh tayangan rasmi.

Filem yang berdasarkan sains-fiksyen ini menampilkan pelakon dan penyanyi terkenal, Izzue Islam sebagai watak utama. Berpandukan kepada trailer rasmi yang dikeluarkan, terdapat beberapa reference yang merujuk kepada filem XX-Ray yang terdahulu.

Antaranya topi logo Batman yang dipakai yang dipakai Aziz M. Osman semasa membintangi XX-Ray dan XX-Ray 2. Tidak dilupakan helmet XX-Ray yang jugak telah diperkenalkan semenjak XX-Ray pertama yang keluar pada tahun 1993.

Didalam trailer ini jugak kita dapat melihat watak Dato’ Jalaluddin Hassan yang sedang beraksi sambil memakai baju seakan-akan pahlawan melayu dan keris. Kitorang rasa ini adalah watak Hang Tuah yang jugak pernah dilakonkan oleh Dato Jalaluddin Hassan didalam filem XX-Ray 2 yang dikeluarkan pada tahun 1995.

Adakah filem XX-Ray 3 ini mampu mengembalikan kegemilangan XX-Ray dan XX-Ray 2? Komen pendapat korang tentang trailer tidak rasmi XX-Ray 3 ni dibahagian komen.

KATALAKI: Harap-harap kualiti official movie dia lebih bagus dari kualiti trailer dialah

Last modified: 31 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *