Babak² Ngeri Dalam Filem Yang Tak Sanggup Orang Tengok

Sembang

Apa yang membuatkan korang rasa tak selesa? Biasanya benda yang tak selesa ni berbeza daripada satu orang ke orang yang lain. Ada orang tak selesa tengok darah yang banyak, atau berada di tempat yang crowded. Tapi itu benda yang tak selesa dalam kehidupan seharian kita lah. Bagi filem pula, ada juga babak-babak yang dihasilkan dikatakan tak selesa kepada para penonton. Ada yang siap tutup mata lah bila keluarnya babak-babak yang agak disturbing. Tak sanggup tengok katanya. So kali ini Thelaki akan bercerita tentang filem juga, tapi akan memfokuskan tentang babak-babak ngeri atau tak selesa untuk ditonton sampai buat orang tutup mata sebab tak sanggup tengok.

CEDERA PARAH DI PERUT – SAVING PRIVATE RYAN

Filem ini dikatakan filem arahan Steven Spielberg yang ganas dalam memaparkan suasana perang yang sebenar. Dalam babak yang membuatkan ramai penonton tak selesa ni, dilihat seorang askar Amerika ditembak dibahagian perut yang mengakibatkan pendarahan yang sangat banyak. Siapa yang tak boleh tengok darah tu memang tak akan mampu tengok babak ni. Selepas terkena tembakan, medik serta rakan-rakannya cuba untuk menyelamatkannya, tetapi gagal. Akhirnya mereka terpaksa menyuntik jumlah morfin yang tinggi untuk menamatkan penderitaan askar tersebut. Babak ngeri dan menyayat hati yang berlangsung selama lebih kurang 4 minit itu memaksa penonton untuk melihat sendiri realiti suasana peperangan.

CABUT GIGI GUNA LAMBORGHINI- JACKASS 3D

Korang tahu je kan ‘Jackass 3D’ ni sebenarnya tergolong dalam kategori filem. Ia merupakan sebuah filem adult comedy yang memaparkan aksi-aksi stunts dan prank yang gila dan merbahaya. Memang tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Ada satu babak yang membuatkan penonton menggenggam kuat kerusi mereka semata menonton, iaitu babak Ehren McGhehey mencabut gigi dengan kereta Lamborghini. Dalam babak tu korang boleh tengok macam mana team Jackass mengikat sebatang gigi McGhehey dengan tali dan menyambungkan tali tersebut pada kereta Lamborghini. Dengan aku sekali terasa sakitnya tengok gigi dia tercabut macam tu. Tapi aku rasa filem-filem ‘Jackass’ ni banyak lagi babak-babak yang aku sendiri tak sanggup tengok sebab menggelikan. Bukan ngeri, tapi geli.

AKSI LUAR TABII DENGAN AYAM GORENG – KILLER JOE

Babak dalam filem ni tidak lah mengerikan, tapi memang disturbing untuk ditonton. Matthew McConaughey yang melakonkan watak Joe Cooper dilihat memaksa sebuah keluarga untuk membuat aksi seks di luar tabii. Dalam babak tersebut, Joe sebenarnya tengah memeras ugut Chris yang berhutang dengannya. Bila Chris tak dapat bayar, kemudian Joe naik berang dan memukul ibu Chris. Tak cukup dengan tu, Joe memaksa ibu Chris melakukan seks luar tabii dengan ayam goreng sambil dilihat oleh ahli keluarga Chris yang lain. Memang tak ada babak seks yang sebenar, tapi babak aksi luar tabii tu dah cukup membuatkan penonton rasa terganggu menontonnya. 

BELAH PERUT PEREMPUAN MENGANDUNG – INSIDE

Filem ‘Insideni dah memang sebuah filem horror yang mengandungi babak-babak yang ngeri. Tapi apa yang membuatkan ianya bertambah ngeri dan disturbing adalah babak seorang perempuan dibelah perutnya yang sarat mengandung. In real life, beranak tu dah dikira sebagai pengalaman yang menakutkan. Tapi untuk filem ni, ia mungkin menambahkan lagi ketakutan orang yang sedang mengandung. Dikisahkan seorang wanita bernama Sarah Scarangelo sedang sarat mengandung, tetapi tiba-tiba seorang stalker yang tak dikenali pecah masuk ke rumahnya untuk mengambil sendiri bayi dalam kandungannya itu. Sarah belum beranak so macam mana nak amik? Maka berlaku lah pergeluatan secara fizikal sehingga stalker tadi berjaya melakukan C-section terhadap Sarah. Korang boleh tengok sendiri scene belah perut tu.

PUTUSKAN TANGAN SENDIRI- 127 HOURS

Filem 127 Hours ni adalah filem yang diinspirasikan daripada kisah benar. Aron Ralston dikatakan telah tersangkut pada sebuah batu besar dalam gaung di Bluejohn Canyon selama lima hari. Selepas lima hari, Aron memutuskan untuk memotong tangannya dan melepaskan dirinya daripada tersangkut di celah batu itu. Sebenarnya orang ramai memang dah tahu pengakhiran cerita ini akan berakhir dengan babak putus tangan, tapi apa yang dipaparkan kepada penonton adalah diluar jangkaan kerana babak tersebut ditunjukkan dengan real. Aku ingat lagi masa tengok filem ni, aku memang tak sanggup nak tengok babak Aron putuskan tangan dia. Ngeri weh!

BABAK ROGOL – IRREVERSIBLE

Dalam banyak-banyak babak filem, rasanya babak rogol antara yang tak senang ditonton oleh ramai orang sebab ianya disturbing. Walaupun bukan babak seram, tapi ianya memaparkan satu jenayah yang ngeri. Ada pun babak rogol dalam filem yang hanya dirakamkan pada awal perlakuan, ataupun dirakamkan dengan tidak jelas, untuk filem ‘Irreversible’ ini ia dirakamkan secara penuh. Memang sukar untuk melihat babak ini kerana korang akan ditayangkan aksi perempuan dirogol daripada mula sehingga habis. Babak ini dikatakan berlangsung lebih kurang 10 minit dan dirakamkan dengan single take. Agak lama juga untuk sebuah babak yang disturbing ni. Memang filem ini mendapat kritikan terhadap babak rogol tersebut, tapi mungkin pengarah filem ini hanya mahu dunia melihat betapa kejamnya jenayah rogol.

KATALAKI: Ada lagi tak babak-babak ngeri atau disturbing dalam filem yang korang pernah tengok?

Last modified: 25 July 2020