Bad Boys Kena “Game” Dengan Bad Girl

Sembang, ZAP, ZeKool

Selepas kembali aktif dengan filem-filem yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2019 antaranya Aladdin dan Gemini Man, Will Smith sekali lagi muncul dengan filem terbaru pada tahun 2020, Bad Boys for Life, digandingkan semula dengan Martin Lawrence sebagai dua orang pegawai polis yang membanteras jenayah dengan cara yang tersendiri.

Mula ditayangkan kat Malaysia pada 23 Januari 2020, filem ke-3 untuk siri filem Bad Boys kali ni menceritakan tentang Mike Lowrey (Will Smith) dan Marcus Burnett (Martin Lawrence) kembali bergabung untuk meletupkan segala benda yang melintas depan dorang demi memburu penjenayah yang dikehendaki. Perbezaan filem Bad Boys for Life dengan filem Bad Boys sebelum ni adalah Mike Lowrey dan Marcus Burnett dah semakin tua, masing-masing dah ada arah tuju hidup yang berbeza. Mike Lowrey masih lagi cuba mengekalkan cara hidup bujang, hidup mewah dengan kereta yang gempak-gempak, memburu penjenayah dengan cara yang kasar, berbeza dengan Marcus Burnett yang dah semakin hilang minat dengan tugas pegawai polis selepas bergelar datuk.

Kalau korang memang ikut atau pernah layan filem-filem Bad Boys sebelum ni, korang akan teruja bila start je babak pertama filem Bad Boys for Life dengan aksi jiwa kelajuan yang dimiliki oleh Mike Lowrey. Babak ni ada kat dalam trailer kalau korang dah pernah tengok trailer Bad Boys for Life sebelum ni. Tapi, kami nak ingatkan, apa yang korang tengok dalam trailer tu lain dengan jalan cerita yang disampaikan dalam filem Bad Boys for Life. Ada beberapa plot twist yang korang tak boleh nak jangka dari awal.

Di awal permulaan filem, Marcus Burnett sibuk nak bersara daripada terlibat dengan kerja-kerja polis. Tapi mesti la kita dah tahu yang Marcus Burnett terpaksa menangguhkan untuk bersara, kalau tak memang tak jadi la filem Bad Boys for Life ni. Penangguhan tersebut berlaku disebabkan musuh lama Mike Lowrey kembali memburu dan membunuh beberapa orang penting yang pernah terlibat dalam karier Mike Lowrey dan Marcus Burnett sebagai pegawai polis.

Filem Bad Boys for Life juga dimeriahkan lagi dengan sepasukan pegawai polis elit yang dikenali sebagai Advanced Miami Metro Operations (AMMO) yang menggunakan alatan-alatan canggih untuk menjalankan misi sulit diketuai oleh Rita lakonan Paola Núñez, bersama ahli pasukan yang lain antaranya Kelly (Vanessa Hudgens), Dorn (Alexander Ludwig) dan Rafe (Charles Melton). AMMO ni yang buat Mike Lowrey lagi jiwa kacau sebab terpaksa bersaing dengan dorang yang menggunakan teknologi terkini tapi Mike Lowrey masih lagi degil nak guna cara old school untuk menjalankan misi penyiasatan.

Jangkaan awal kami bila tengok trailer Bad Boys for Life, Vanessa Hudgens yang akan menyerikan lagi filem ni. Takde la kena tengok Will Smith dan Martin Lawrence je dari awal sampai habis. Rupa-rupanya, Vanessa Hudgens macam takde function pun dalam filem Bad Boys for Life. Sorry Vanessa Hudgens.

 

View this post on Instagram

 

Kelly in all her undercover…ness. lol @badboys

A post shared by 🔮Vanessa Hudgens🔮 (@vanessahudgens) on

Paola Núñez yang memegang watak Rita, ketua kepada AMMO yang sebenarnya merupakan penyeri dalam filem Bad Boys for Life. Ni pun kali pertama Paola Núñez berlakon dalam filem Hollywood. Patut la macam tak pernah nampak. Semoga lebih banyak la filem-filem Hollywood yang akan menampilkan Paola Núñez sebagai heroin lepas ni.

Secara keseluruhan, filem Bad Boys for Life seronok untuk ditonton dan ada gak yang kata filem Bad Boys for Life setanding dengan filem-filem Bad Boys sebelum ni. Rasanya filem ni takde la sampai boleh menang anugerah tapi masih berbaloi untuk korang layan kat pawagam. Gandingan Will Smith dan Martin Lawrence yang dah semakin berusia dalam filem ni pun mampu untuk korang tergelak dengan punchline yang dorang bagi.

KATALAKI: Filem ni ada post-credit scene. Tak yah tunggu lama pun.

Last modified: 23 January 2020