Badang Sudah Mari Bro!

Game, Tech

Akhirnya setelah lama menunggu, Mobile Legends telah mengeluarkan hero terbaru yang dibuat khas demi menghargai peminat-peminat Mobile Legends dari Malaysia. Sebelum ini Mobile Legends telah mengeluarkan herohero dari negara asia lain seperti Indonesia, Philippine dan Myanmar.

Sebelum ini Mobile Legends telah bercadang untuk mengeluarkan hero Hang Tuah namun terpaksa cancel hero tersebut kerana di kritik oleh playerplayer dari Indonesia. Playerplayer dari Indonesia menyatakan yang senjata yang diguna oleh Hang Tuah iaitu sebilah keris adalah senjata dari Indonesia. Biasalah Indonesia kan suka claim semua dari negara dorang.

Kerana daripada kritikan itu, Moonton telah mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan hero Hang Tuah dalam Mobile Legends. Bila dengar benda macam ni aku sendiri pun kecewa sikitlah sebab macam takda harapan je hero dari Malaysia akan dimasukan dalam Mobile Legends.

Namun pada minggu ini, Moonton telah pun mengeluarkan hero yang khas dari Malaysia iaitu Badang! Badang telah pun boleh dimainkan di Advance Server Account namun belum ada lagi didalam Normal Server.

Kemungkinan besar ianya akan dimasukkan sebelum akhir bulan 2 nanti. Korang boleh check out gameplay Badang yang telah di upload oleh Youtuber OzaRess:

Badang adalah seorang Fighter yang mempunyai skill yang boleh dikatakan agak menakutkan jugaklah. Badang mempunyai 3 skill attack dan 1 passive attack. Passive attack Badang dipanggil sebagai Chilvary Fist. Selepas 3 kali serangan Passive attack, 1 extra attack yang dipanggil Fist Wind akan dilepaskan dan akan deal extra physical damage kepada enemy.

3 skill yang dimiliki oleh Badang adalah Qigong Fist, Fist Break dan ulti yang dipanggil Fist Crack yang mana ulti ini akan melepaskan beberapa tumbukan serentak kepada pihak lawan. Kalau korang tengok daripada video diatas pun memang nampak sedaplah untuk guna Badang ni sebagai fighter dalam team korang

Sebelum ini, Moonton ada juga mengeluarkan herohero untuk negara lain seperti Minsitthar, seorang putera raja dari Myanmar yang juga merupakan seorang fighter seperti Badang. Berbeza dengan Badang, Minsitthar membawa senjata tombak ketika berlawan.

Minsitthar telah diinspirasi dari seorang raja Burma yang bernama Kyanshittha. Kyanshittha merupakan seorang raja yang dihormati oleh seluruh rakyat Burma kerana sifatnya yang tidak henti-henti membantu rakyat-rakyat jelatanya.

Untuk Indonesia, Moonton telah mengeluarkan hero Gatotkaca, Tank yang mempunyai attack dan defence yang kuat. Seperti Badang, Gatotkaca tidak membawa senjata. Mesti nampak awesome bila hero Badang berlawan dengan Gatotkaca!

Gatotkaca dikatakan diinspirasi daripada Ghatotkacha, seorang watak yang terkenal dalam wayang kulit di Indonesia. Dia dikatakan seorang dewa yang mempunyai kuasa luar biasa seperti mampu terbang tanpa sayap dan terkenal dengan panggilan “Otot Kawat, Tulang Besi” ataupun kalau kita kat Malaysia panggil “Urat Dawai, Tulang Besi”

Seorang lagi hero yang dikeluarkan oleh Moonton untuk peminat mereka adalah LapuLapu. LapuLapu dikeluarkan untuk menghargai peminat Mobile Legends dari Philippine. Hero ini merupakan seorang Fighter seperti Badang. LapuLapu mempunyai dua senjata iaitu dua light sword dan satu heavy sword.

Lapulapu diangkat sebagai seorang wira oleh rakyat Philippine kerana dia merupakan orang asli Philippine pertama yang melawan penjajah Spanish disana. Dia yang terkenal dengan perang Mactan dimana dia dan tenteranya berjaya mengagalkan niat Ferdinand Magellan dari menjajah kepulauan Mactan.

Aku tak sabar betul nak tengok watak Badang masuk secara rasmi kedalam Mobile Legends. So sementara nak tunggu dia keluar ni, bolehlah start simpan Battle Point bila keluar nanti boleh terus beli watak Badang!

KATALAKI: Aku rasa watak dari Thailand saja yang belum dikeluarkan lagi. Nak tengok jugak watak bersejarah Thailand ada dekat Mobile Legends.

Last modified: 18 January 2019