Bagaimana Festival ‘K***’ Bermula di Jepun

Feature, Sembang, ZAP

ϟ Trending

Kalau bukan benda pelik, maksudnya bukan dari Jepun lah tu. Sekali lagi, negara Jepun menjadi topik utama dalam artikel kali ini dimana kita akan lihat festival pelik dan unik yang hanya dianjurkan di Jepun sahaja. Mungkin lepas baca artikel ni korang akan rasa macam nak melawat negara Jepun dan melihat sendiri festival pelik ni yang diraikan oleh orang-orang Jepun setiap tahun. Nak kena kumpul duit lagi lah nampaknya untuk ke Jepun. Salah satu festival pelik yang aku nak cerita kali ini adalah Festival ‘Kanamara’ yang dianjurkan setiap tahun pada bulan April di bandar Kawasaki, Jepun. Apa yang pelik pasal festival ni

UNTUK ‘KESUBURAN’ PASANGAN BERKAHWIN

Festival ini sekali pandang mesti akan menimbulkan persepsi yang kurang enak kepada masyarakat luar. Ada juga yang menggelar festival ini sebagai satu festival lucah yang mempromosi budaya kelucahan. Tetapi, festival Kanamara merupakan satu festival yang suci untuk masyarakat di sana. Semasa festival ini berlangsung, mereka akan berdoa tentang kesuburan, hubungan perkahwinan yang baik, serta kesejahteraan perniagaan yang mereka usahakan.

Festival Kanamara ini diadakan di Kuil Kanayama yang terletak berhampiran dengan Kuil Wakamiya Hachimangu di bandar Kawasaki. Dikatakan Kuil Kanayama didedikasikan kepada Kanayama Hiko no Kami dan Kanayama Hime no Kami, iaitu satu pasangan dewa yang diraikan sebagai pelindung kepada hubungan seksual. Jadi sebab itu acara wajib tahunan di kuil tersebut adalah untuk meraikan atau berdoa agar diberikan rezeki zuriat serta hubungan suami isteri yang baik.

Walau bagaimanapun, festival ini tidak hanya terbuka kepada pasangan berkahwin yang mengharapkan dikurniakan zuriat. Setiap tahun, lebih 30,000 orang dengan pelbagai latar belakang dan identiti seksual mengambil bahagian dalam festival ini. Orang dari negara lain pun turut datang ke situ dan sama-sama berdoa agar dikurniakan ‘kesuburan.’

SEJAK BILA FESTIVAL KANAMARA DIANJURKAN?

Sejarah festival ini serta Kuil Kanayama dikatakan bermula sejak zaman pemerintahan Edo (1603-1868). Dikatakan waktu itu, perempuan-perempuan yang bekerja sebagai orang gaji serta pelacur sering mengunjungi Kuil Kanayama untuk berdoa agar mereka dilindungi daripada sebarang penyakit dan nasib malang. Walaupun ianya merupakan amalan yang berlaku seratus tahun dahulu, sehingga ke zaman moden orang-orang yang menderita daripada penyakit kelamin akan datang pada waktu malam ke kuil tersebut untuk berdoa.

Hal ini sebenarnya sedikit sebanyak telah mewujudkan diskriminasi terhadap mereka yang terlihat melawat kuil tersebut kerana mempunyai penyakit kelamin. Jadi bagi membuang sikap diskriminasi ini, festival Kanamara dianjurkan pada siang hari supaya orang ramai boleh datang dan berdoa bersama tanpa didiskriminasi. Sebab itu pelbagai jenis orang datang ke situ untuk meraikan ‘kesuburan’ dan menghindari penyakit berkaitan kelamin. 

Pada hari festival ini dianjurkan, para perserta boleh melawat kuil tersebut serta dewan pameran yang disediakan. Ada juga cenderahati dan juga gula-gula yang berbentuk ‘anu’ yang boleh dibeli di situ. Dalam ruang pameran, pelbagai gambar, objek dan juga buku berkaitan dengan ‘sexuality’ boleh dilihat oleh pengunjung. Acara kemuncak pada festival ini pula adalah perarakan yang diadakan sekitar jam 12 tengah hari. Semasa perarakan tersebut, tiga objek atau tugu yang berbentuk seperti ‘anu’ akan dibawa berarak.

Tapi sebenarnya negara lain pun ada juga buat festival yang sama macam ni, tapi tak pasti berapa banyak tempat yang anjurkan festival sedemikian. Mungkin festival ni sesuai untuk korang yang sukakan benda rare dan unik dari negara lain.

KATALAKI: Nampak seperti lucah, tapi ini lah budaya dan amalan masyarakat di sana yang dianggap suci…

ϟ Trending

Last modified: 10 August 2020

x