Bagaimana Lelaki Ini Survive Serangan Jantung Ketika Berlari?

Aktif, ZAP, ZeKool

Yang sakit tak semestinya akan berterusan dan yang selalu menjalankan lifestyle yang sihat ataupun tidak pernah ada penyakit tidak semestinya akan sihat selamanya. Walaupun kita sering rasa kita ini berbadan kurus, ianya tidak bermaksud kita tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan, mahupun jikalau kita berbadan besar, tidak semestinya kita akan senang dan mudah untuk mendapat bermacam-macam penyakit. Namun ini semua bergantung kepada cara kita semua menjalankan gaya kehidupan dan bagaimana kita mengatasi dan berdepan dengan masalah kesihatan.

Zaman sekarang ini juga kita sering mendengar bagaimana seseorang yang menjalankan gaya hidup yang sihat seperti sering melakukan aktiviti bersukan, perkara tersebut telah mengorbankan nyawa sesetengah individu apabila terkena serangan jantung. Perkara ini bukan lazimnya terjadi akibat terlalu atau kerap melakukan aktiviti bersukan.

Inilah yang terjadi kepada seorang pakar jurutera yang dikenali dengan nama gelaran Al Rumie telah berjaya membuktikan bahawa sebaliknya apabila aktiviti running yang sering diamalkan dalam gaya hidup beliau dapat menyelamatkan nyawanya serta mengubah cara lifestyle yang baru.

Image via: Thelaki.com.my

DARI BESAR KE KECIL

Saat menyedari saiz berat badannya semakin meningkat, pada 2016. Al Rumie atau Rumie telah mengambil keputusan untuk mengubah cara kehidupan beliau dengan berazam untuk ingin memilki saiz berat badan yang lebih ideal. “Bila saya dah masih 30an, badan saya dah mula gemuk. Saya gemuk yang teramat. Awal 2016 saya mula nak kurus. Dalam masa 6 bulan, saya berjaya turun sebanyak 30kg. Secara konsisten berat badan saya mula turun, Seminggu saya turun 1kg. Dan saya turun berat badan secara natural.” 

Tidak mengamalkan apa-apa ubatan, untuk menurunkan berat badan dengan secara semula jadi, Rumie mengatakan beliau mengamalkan 7 langkah yang perlu diubah mengikut gaya hidup yang sihat. “Saya selalu dijemput untuk membuat talk” kata pakar jurutera yang sering menerima jemputan untuk melakukan aktiviti sosial untuk dikongsikan kepada komuniti bagaimana dengan memiliki lifestyle dengan mengamalkan aktiviti Running secara sihat dapat menurunkan berat badan.

“Saya nak sampaikan kepada masyarakat. Lelaki adalah ketua keluarga dan kita kena berikan contoh yang terbaik seperti mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat supaya kita menjaga keluarga kita dan tidak menbebankan keluarga dikemudian hari” kata beliau, ini adalah salah satu punca kenapa beliau memilih untuk mengutamakan aktiviti running untuk mengubah size berat badan dan memastikan beliau memiliki kesihatan yang rapi.

“Hidup ini singkat” untuk ungkapan kata-kata Rumie yang mengatakan beliau telah mengalami tahun dimana beliau kehilangan ahli keluarga yang tersayang. Jadi disebabkan tragedi tersebut, ianya memberikan beliau secara tidak langsung keinginan untuk menjadi sihat supaya dapat membantu dan menjaga keluarga. “Saya ada hypertension, saya ashtma. Kalau saya meninggal macam mana? Kesian dekat keluarga saya”

NAK WORKOUT TAPI ADA MENTAL BLOCK?

Image via: Thelaki.com.my

Tidak dinafikan apabila kita sendiri ingin mengubah lifestyle yang lebih sihat dengan melakukan aktiviti untuk mengeluarkan peluh seperti pergi ke gym, jogging atau workout. Kita juga akan berdepan dengan mental block yang membuatkan kita menangguhkan aktiviti-aktiviti tersebut sehingga kita lupa atau abaikan aktiviti yang lebih sihat. Bagaimana Rumie mengatasi masalah mental block?

Menurut Rumie, salah satu perkara yang boleh membuatkan kita mengatasi masalah tersebut adalah dengan mempunyai sifat motivasi yang tinggi. Antara yang boleh memberikan boost atau semangat kepada kita untuk mula workout adalah dengan menyertai program-program seperti running event atau gym membership.

Antara motivasi yang boleh menaikkan semangat kita adalah dengan membeli kasut sukan, atau mencari rakan untuk turut serta dalam aktiviti kesukanan kita. “Kasut tu adalah motivasi, bila kita beli kasut, kita akan rasa nak lari lagi” kata Rumie. Menyertai group sukan atau ada partner yang boleh ikut kita dalam bersukan antara seperti Running, ianya sedikit sebanyak akan memberikan kita motivasi untuk mengamalkan aktiviti hidup yang lebih sihat ini.

“Motivasi saya adalah family saya. Saya akan sertai running event, saya akan mengajak sekali keluarga saya untuk sertai program ini. Kita kena ada motivitasi dan inspirasi” menurut Rumie antara inspirasi beliau adalah dengan mengikut akaun media sosial personaliti sukan untuk beliau dapatkan motivasi untuk jadi lebih sihat.

Media sosial juga boleh menjadikan platform untuk menberikan kita motivasi supaya dapat menuruskan gaya hidup yang sihat. Mengikut kata-kata Rumie, beliau suka mengambil gambar-gambar yang smart and dapper, seperti gaya-gaya Wak Doyok. Ini sangat membantu beliau untuk meneruskan aktiviti seperti workout mahupun running. Kerana apabila beliau berjaya memiliki berat badan yang fit dan sihat, beliau akan mengambil gambar dengan gaya pakaian yang diinginkan dan memuatnaik gambar-gambar tersebut di laman media sosial beliau. Ini adalah salah satu contoh motivasi yang berjaya membuatkan Rumie terus menerus dengan gaya hidup yang sihat.

Motivasi, inspirasi dan muhasabah diri. Ini adalah tiga element yang penting selalu diamalkan oleh Rumie untuk beliau meneruskan aktiviti-aktiviti sihat. “Apa saja yang kita buat, jangan berlebihan lah. Sebab kalau berlebihan, kita akan mengabaikan hidup, family, kerja. Jadi tiga element ini saya pegang untuk satu terus buat aktiviti kesihatan”.

RUNNING SELAMATKAN HIDUP

Apabila Rumie sudah mula mendapatkan berat badan yang diinginkan serta terus konsisten dengan aktiviti kesihatan kegemarannya seperti running. Pada suatu hari, ketika sedang melakukan running, beliau mendapati badannya semakin lemah dan beliau kepenatan.

Rumie yang menceritakan kisah beliau berjaya survived apabila diserang sakit jantung ketika beliau sedang berlari atau running. “Sebelum ni saya main badminton dan bola. Tapi masalahnya aktiviti ni kena ada geng, nak kumpul orang. Tapi berlari la, sebab berlari sorang sorang pun boleh”.

Menceritakan sebelum ini beliau mengamalkan aktiviti kurang sihat tidak menjaga pemakanan dan kerap menghisap rokok yang yang sedikit sebanyak mengakibatkan beliau memiliki penyakit masalah jantung yang dikatakan mula dialaminya sebelum beliau mengubah gaya hidup yang sihat.

“Masa saya mula berlari, saya tidak tahu saya ada masalah jantung. Ianya mungkin sudah mula berlaku pada tahun 2010. Disebabkan kolestrol yang tinggi, badan besar dan hisap rokok. Orang kurus ni belum tentu sihat, orang badan besar pula confirm tidak sihat. Ini doktor yang beritahu saya”.

Mengatakan pengalaman beliau setelah berjaya menyelamatkan diri daripada dua kes serangan jantung. Pada awalnya belum tidak merasakan apa-apa yang pelik atau ada perubahan pada tahap kesihatannya, ini kerana setelah menjalani kehidupan yang sihat dengan aktiviti seperti running, Rumie juga kerap kali mengambil ujian saringan kesihatan bagi memastikan kadar kesihatannya berada di dalam keadaan yang stabil.

Menurut Rumie, mengikut apa yang telah nasihatkan oleh doktor pakar, apabila beliau mengubah cara lifestyle beliau dengan mula melakukan aktiviti-aktiviti dan kehidupan yang lebih sihat. Jantungnya ibarat telah di stabilkan semula namun kesakitan yang dialami pada gaya hidup yang kurang sihat sebelum ini masih ada, ini yang menyebabkan ianya melarutan sehingga menjadi masalah sakit jantung. “Saya tiada tanda-tanda sakit jantung, dan doktor kata jantung saya ibarat.

Pada serangan sakit jantung pertamanya, beliau merasakan seperti ingin pita, dan Rumie menyangkakan ianya adalah akibat asthma. Serangan jantung yang dialami Rumie hanya berlaku apabila beliau push the limit dengan berlari dengan kadar yang lebih laju. Disaat itu sistem jantungnya mula lemah mengakibatkan beliau rasa semput.

“Saya ada dua heart attack. Dua kali kena. Rasa dia macam susah nak bernafas, ketika running. Kali kedua saya rasa dia laju lagi, dia rasa macam nak pitam.” Menjelaskan lagi, apabila disaat merasakan ianya seperti berlaku sekelip mata dan beliau berhenti berlari dan mengawal semula pernafasan. “Kalau saya teruskan berlari ketika serangan itu, mungkin saya sudah tiada”.

Setelah merasakan pernafasannya kurang serba kena, Rumie terus merujuk kepada doktor pakar dan kemudian melakukan operasi untuk memulihkan semula jantung.

Image via: Thelaki.com.my

“Kebanyakkan orang keliru, orang ingat disebabkan running atau bersukan itu yang membuatkan kita sakit, tapi sebenarnya larian atau bersukan itu yang menyelamatkan kita daripada sakit” jelas Rumie lagi, menurut beliau jumlah orang yang meninggal ketika running adalah lebih sikit berbanding dengan orang yang tidak melakukan aktiviti running. Jelasnya “lagi bahaya kalau kita tak pergi berlari. Serangan sakit jantung ini adalah pembunuh no.1 di Malaysia”.

Atas nasihat doktor, Rumie kini berada di dalam keadaan yang stabil, namun tidak dinasihati untuk running dengan kelajuan dan jarak yang jauh, untuk dapatkan balik pace seperti dahulu boleh cuma dalam kadar berperingkat. “Mungkin saya boleh berlari lagi tapi tidak boleh terus laju dan jauh seperti dulu. “ ujar Rumie.

Rumie menasihati ramai, jika ada yang ingin memulakan aktiviti bersukan seperti running. Pastikan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan fitness test supaya kita tahu apa jenis sakit dan tahap kesihatan kita jika ianya sesuai dengan aktiviti sukan yang kita lakukan. Kebanyakkan kes dimana ianya meragut nyawa ketika bersukan adalah disebabkan tidak ada pemeriksaan kesihatan mahupun fitness test, disitu ianya menyebabkan risiko yang besar buat seseorang individu untuk melakukan aktiviti sukan tersebut.

Disaat beliau tahu keadaan kondisi kesihatannya, Rumie jugak menjelaskan selain mengekalkan gaya hidup yang sihat, ianya juga memberikan Rumie peluang untuk menghargai masa yang ada bersama keluarga serta memastikan masa depan mereka terjamin.

Jikalau korang berminat untuk mengetahui lagi selanjutnya kisah bagaimana Rumie survived serangan jantung dan bagaimana sukan running dapat membantu memulihkan semula sistem kesihatan beliau. Korang boleh baca terus di laman Blog Rumie DISINI.

KATALAKI: Bersukan boleh selamatkan nyawa kita semua.

Last modified: 25 March 2020