Bagaimana Ritual Pelik Ini Bertukar Menjadi Sukan Ekstrim?

Sembang

Korang pernah try bungee jumping tak? Pernah terfikir tak macam mana bungee jumping ini boleh menjadi sukan extreme dan daripada mana asalnya bungee jumping ini? Aku dulu pernah nak try bungee jumping tapi lepas dah naik dekat platform dia, terus menggigil lutut and terus cancel! Jadi hari ini aku nak share dengan korang macam mana bungee jumping ini boleh wujud dan daripada mana sebenarnya bungee jumping ini berasal.

Sebenarnya bungee jumping ini diambil inspirasi daripada salah satu ritual yang diberi nama land diving yang telah dilakukan sejak beratus-ratus tahun lagi di kepulauan Pentecost, salah sebuah pulau di negara Vanuatu yang merupakan salah sebuah negara di lautan selatan pasifik.

Ritual ini dikatakan tercipta daripada sebuah cerita lama yang mengisahkan seorang wanita yang telah didera oleh suaminya. Dia dikatakan cuba melarikan diri daripada suaminya namun sering kali tertangkap dan dipukul oleh suaminya. Pada suatu hari, dia mengambil keputusan untuk memanjat sebatang pokok banyan yang sangat tinggi dan mengikat akar pokok pada kakinya apabila dia berjaya berada dipuncak tertinggi pokok banyan ini.

Suaminya cuba untuk mengejar dan menangkapnya namun apabila dia melihat suaminya cuba untuk memanjat pokok tersebut, wanita ini bertindak untuk terjun daripada pokok tersebut. Disebabkan dia mengikat akar pada kakinya, dia terselamat daripada terjunan tersebut. Dia kemudiannya mencabar suaminya yang kini berada di atas pokok tadi untuk lompat bagi membuktikan kejantanannya. Tanpa berfikir panjang, suaminya terus terjun tanpa mengikat akar pada kakinya! Suaminya terus menyembah tanah dan akhirnya mati akibat terjunan tersebut.

Sejak dari itu, masyarakat setempat telah membina sebuah menara dan mengadakan ritual bagi orang-orang lelaki dikawasan tersebut untuk membuktikan kejantanan mereka dan juga bagi menghalau entiti-entiti jahat dari mengganggu masyarakat setempat. Masyarakat dikawasan ini juga melakukan upacara ini apabila tiba musim menuai bagi memastikan hasil tanaman mereka membuahkan hasil yang banyak.

Pada tahun 1970, gambar-gambar tentang ritual land diving ini muncul dan disebarkan diseluruh dunia. Salah seorang yang melihat gambar dan footage ritual ini adalah ahli kelab Oxford University Dangerous Sports Club. Mereka boleh dikatakan kumpulan pertama yang mencipta extreme sports dan memberikan nama Bungee pada ritual land diving ini.

Setelah yakin yang mereka boleh merubah ritual ini menjadi extreme sports, mereka telah mencuba bungee jumping pada kali pertamanya pada tahun 1979 di Clifton Suspension Bride di Bristol. Semakin lama, bungee jumping ini mula diterima orang ramai dan mula tersebar sehinggalah ke New Zealand.

Walaupun Oxford University Dangerous Sports Club merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta sukan bungee jumping, tapi A.J Hackett dan rakan-rakannya yang telah bertanggungjawab membawa dan memperkenalkan sukan bungee jumping ini kepada orang ramai. Hackett dan dan jurukameranya, Chris Sigglekow telah belajar tentang bungee jumping daripada video-video ritual daripada masyarakat Pentecost dan melalui video yang dihasilkan oleh mereka di Oxford University Dangerous Sports Club.

Bagi memastikan keselamatan mereka, Hackett telah mencipta satu elastic cord dan mengunakannya pada kali pertama semasa mereka melakukan bungee jumping di Greenhithe Bridge, Auckland pada tahun 1986. Dengan kejayaan pertama mereka, dorang kemudiannya mula pergi ke semua jambatan tinggi yang terdapat di sekitar New Zealand dan kemudiannya beralih ke Eropah. Ketika kali pertama melakukan lompatan ini, pihak berkuasa New Zealand telah melarang orang ramai untuk mengikuti apa yang Hackett dan ahli kumpulan mereka lakukan namun ia hanya membuatkan lebih ramai orang datang dan ingin mencubanya sendiri.

Pada tahun 1988, Hackett telah membuka commercial bungee jumping pertama di dunia yang bertempat di Ohakune sebelum akhirnya berpindah di Kawarau Bridge, Queenstown. Pada hari ini, Queenstown telah dikenali sebagai hub untuk extreme sports dan berjaya menarik lebih daripada 500,000 pengunjung dari dalam dan juga luar negara setiap tahun!

KATALAKI: Korang berani tak try bungee jumping?

Last modified: 3 December 2019