Bahasa Bola Yang Ramai Orang Tak Tahu

Aktif, Bola

Tipu la kan kalau korang betul minat bola tapi ada lagi bahasa bola atau terma yang digunakan dalam bola sepak yang korang tak tahu. Tapi mungkin ada antara kita yang mungkin tak perasan ada lagi bahasa bola yang kita tak tahu maksud sebenar. Kot-kot korang ada member yang noob tak faham lagi bahasa yang korang guna masa tengok bola, nah kami sediakan kamus segera untuk korang. Tak kisah la bahasa melayu ke english ke, jom kita tengok sama-sama.

Offside

Ni terjadi kalau korang tengok bola dengan mak, kakak, chinggey atau mak cik rumah jiran sebelah, mesti dorang tak faham apa benda Offside ni. Offside ni bermaksud kesalahan yang dilakukan bila ada seorang pemain pasukan A melebihi garisan pertahanan pemain pasukan B.

Linesman

Linesman atau penjaga garisan bertindak sebagai pembantu pengadil untuk make sure bola tak melepasi garisan padang. Bukan tu je, Linesman juga membantu pengadil utama untuk tentukan sama ada throw in ke, offside ke, corner ke dan macam-macam lagi kesalahan-kesalahan yang pemain boleh lakukan di dalam padang.

Counter Attack

Kalau member korang terjerit-jerit counter! counter!, maksudnya member korang tu mengharapkan team kesayangngannya tu untuk menyerang balik sepantas yang boleh selepas diserang oleh pasukan lawan. Maknanya takde la lepas bertahan kena serang tu, boleh terhegeh-hegeh gentel bola.

Skipper

Skipper tu bermaksud ketua pasukan atau captain. Skipper ni juga boleh merujuk kepada seorang pemain yang paling penting dalam team tu. Kalau takde pemain tu, peluang nak menang memang tipis.

Masa Tambahan

Masa Tambahan, Masa Kecederaan, Stoppage Time, Additional Time atau Injury Time semuanya membawa maksud yang sama. Bila dah habis 90 minit masa perlawanan, pengadil ketiga akan tunjuk minit yang ditambah sebelum pengadil utama tamatkan perlawanan, minit yang ditambah tu la dipanggil Masa Tambahan.

Satu lagi yang korang kena faham, bila Masa Tambahan ialah 3 minit contohnya. Tu bermakna pengadil utama kena habiskan perlawanan dalam masa sekurang-kurangnya 3 minit masa tambahan. Bukan dah 3 minit pengadil terus stop perlawanan. Boleh jadi sampai 5 atau 6 minit bergantung kepada keputusan pengadil utama.

Sweeper

Pemain pertahanan yang paling terakhir sekali dalam garisan pertahanan sesuatu pasukan dan akan cuba rampas bola bermati-matian daripada pasukan lawan. Kiranya Sweeper ni the last line of defense sebelum penjaga gol.

KATALAKI: Sekarang dah tahu bukan?

Last modified: 17 February 2019