Bajet Duit Raya Mengikut Pangkat

Sembang

Sekejap je rasanya dah sebulan kita berpuasa dan Syawal pula datang menjelma. Salah satu persiapan yang paling penting untuk Hari Raya dah tentu sekali duit raya. Tak pasti sama ada korang ikut trend yang sama atau pun tak, tapi yang dah bekerja kena bagi duit raya dan yang masih lagi belajar confirmed dapat lagi duit raya walaupun muka dah macam bapak orang.

Kali ni kami nak kongsikan panduan penyediaan duit raya untuk korang, mengikut bajet dan mengikut pangkat dalam kekeluargaan. Jumlah yang kami letak hanya lah sebagai contoh okeh! Let’s go!

Mak & Ayah

Image Via : riverbed.me

Mak = RM 200, Ayah = RM 200

Sebaiknya, bagi paling banyak duit raya yang korang mampu untuk mak dan ayah korang. Dorang ni yang dah banyak habiskan duit & tenaga untuk besarkan korang sampai jadi seorang manusia yang berguna. Maknanya, dalam bajet duit raya korang, takde duit raya orang lain yang akan dapat lebih banyak daripada apa yang mak dan ayah korang dapat.

Adik-Beradik

Image Via : diaridunia.com

RM 100 / RM 50

Yang layak terima duit raya daripada korang hanya lah yang berpangkat adik je. Abang-abang dan kakak-kakak korang yang dah bekerja tu payah mengada-ngada nak bagi duit raya. Kalau abang atau kakak korang bagi duit raya kat korang, ambik je jangan banyak tanya.

Datuk & Nenek

Image Via : YouTube

Datuk = RM 100, Nenek = RM 100

Untuk yang masih lagi ada datuk dan nenek, jangan lupa duit raya dorang. Orang yang semakin berumur ni jiwanya makin sensitif. Tak dapat duit raya nanti merajuk sampai tahun depan. Duit raya yang korang bagi untuk datuk dan nenek tu juga sebenarnya duit modal datuk dan nenek korang untuk bagi duit raya kat cucu-cucu dorang. Kalau dah takde datuk dan nenek, boleh je bagi kat pak cik dan mak cik korang yang dah semakin uzur tu.

Anak Buah

Image Via : YouTube

RM 20 / RM 30

Memang meriah Hari Raya bila adik-beradik semua dah ada anak masing-masing. Kalau korang adik bongsu, anak buah sampai berpuluh orang, masak la korang.

Anak Saudara

Image Via : kisahdunia.com

RM 5 / RM 10

Kalau Hari Raya dah tentu sekali korang akan berjalan pergi beraya kat rumah saudara masing-masing kan. Kalau korang dah bekerja tapi duduk senyap je tak bagi duit raya kat anak saudara, memang akan dipandang besar, kecik, besar, kecik je laa.

Yang Jumpa Setahun Sekali

Image Via : ohbulan.com

RM 2 / RM 3

Untuk yang setahun sekali je baru korang jumpa, anak siapa tah korang pun tak sure, kalau nak bagi duit raya pun boleh je. Ikut kemampuan korang. Yang buka sampul raya depan korang pastu siap sindir korang bagi berapa je, korang boleh mark muka dia siap-siap. Tahun seterusnya bagi sampul raya kosong kat dia.

Yang Datang Rumah Beraya

Image Via : Twitter

RM 1 / RM 2

Setiap kali Hari Raya, mesti ada budak-budak yang akan pusing satu kawasan kejiranan untuk kumpul duit raya. Korang jangan menyorok buat macam rumah takde orang lak. Dorang ni kalau dapat RM 1 dan segelas sirap ais pun dah bersyukur sangat dah.

Bila korang dah selesai asingkan duit raya mengikut bajet dan pangkat, jangan lupa bezakan setiap sampul atau pun tanda siap-siap sampul mana satu yang RM 10, RM 50 dan sebagainya. Kalau tertukar dan tersalah duit raya nanti bukan korang je yang serabut, dah tak pasal-pasal timbul konflik ada perbezaan politik nilai duit raya yang korang bagi.

KATALAKI: Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin bro-bro sekalian!

Last modified: 5 June 2019