Band-band Yang Bertopeng Ganas

Sembang, ZAP, ZeKool

Dalam dunia muzik, ianya adalah penting bagi sesebuah penyanyi atau sebuah kumpulan muzik untuk tampil dengan kelainan. Dengan adanya kelainan yang diberikan atau dipersembahkan kepada pendengar mahupun peminat, ianya mampu menarik perhatian serta tumpuan kepada hasil karya seni yang ingin dipersembahkan.

Sama ada kelainan tersebut diisikan atau ditampilkan pada sudut image, muzik atau dari segi persembahan. Ianya bersifat dan bertujuan untuk memberikan keunikan yang ada pada setiap penghibur yang mempersembahkan seni mereka di atas pentas dan industri.

Setiap orang yang pergi ke concert atau gig ingin melihat, mendengar dan merasakan pengalaman visual yang berlainan daripada apa yang mereka sudah dengarkan pada sesebuah band atau penyanyi. Malah penyanyi atau kumpulan muzik itu juga ingin memberikan kelainan pada setiap jenis persembahan mereka. Sehingga ada yang melakukan perkara-perkara yang melebihi untuk tampil dengan corak persembahan yang lain daripada yang lain untuk memberikan impak yang lebih gah kepada penonton.

Ada sesetengah band yang tampilkan dengan susanan muzik yang berlainan pada setiap acara persembahan. Setiap persembahan itu adalah seni yang disampaikan daripada sudut yang berbeza dengan daya kreativiti yang terzahir daripada minda individu.

Kelainanan yang berbeza ini juga selalunya ditampilkan dalam bentuk imej pada setiap ahli kumpulan tersebut serta pembentukkan imej ini dapat menarik minat dan perhatian pendengar selain daripada muzik yang dibawakan oleh kumpulan tersebut. Jom usha band-band ternama yang memperjuangkan muzik dengan imej bertopeng dan kostum.

BUCKETHEAD

Brian Patrick Carroll atau nama pentasnya yang dikenali sebagai Buckethead adalah antara gitaris yang mempunyai jari-jemari yang amat laju dan dikategorikan sebagai seorang shredder. Bucket Head ini juga sudah release ni sebanyak 31 album. Buckethead juga telah banyak bekolaborasi dengan artis-artis ternama seperti Guns & Roses, Serj Tankian. Antara sebab kenapa Buckethead memakai topi bucket KFC dan topeng adalah kerana beliau dikatakan reban ayam, pada suatu hari seekor ayam telah mencakar mukanya. MTV News pernah tanyakan Buckethead kenapa beliau memakai topeng, Buckethead membalas dengan mengatakan “There is no mask”.

GWAR

Ini pula adalah sebuah band yang memperjuangkan genre muzik American Heavy Metal yang ditubuhkan di Richmond, Virginia pada tahun 1984. Penghasilan dan operasi band ini adalah dibawah hasil gabungan pemuzik, artis dan pembikin filem secara kolektif yang dikenali sebagai Slave Pit Inc. Ahli kumpulan ini juga selalunya ditukar ganti, dan sejak kematian frontman dan penyanyi utama, Dave Brockie pada tahun 2014, band ini bergerak tanpa mana-mana ahli pengasas. Band ini dikenali dengan penampilan kostum yang ganas dan luar biasa dengan konsep visual berkisar tentang mitologi sci-fi dimana ianya mengambarkan setiap anggota band ini sebagai pahlawan barbaric dari alam mitologi. Kira band ni memang band otai la bab-bab pakai kostum dan topeng ni.

LOS STRAITJACKETS

Ditubuhkan pada tahun 1988, Los Straitjackets adalah sebuah band dengan genre Instrumental Rock, senang citer diorang ni band yang takde penyanyi lah. Topeng yang dipakai oleh setiap ahli band ini adalah topeng wrestling. Dalam band ini juga, hanya seorang sahaja ahli yang bercakap, itu pun untuk memperkenalkan lagu-lagu yang mereka sampaikan.

TISM

TISM adalah ayat singkatan yang membawa maksud “This Is Serious Mum”, adalah dikatakan sebagai band ikonik dengan 7 anggota yang ditubuhkan di Melbourne Australia. Mereka adalah band bergenre Alternative Rock dengan gabungan lirik-lirik berunsurkan komedi. Sejak kumpulan ini ditubuhkan, memang tidak ada siapa pun tahu tentang identiti setiap ahli kumpulan ini dan tiada siapa pun pernah tengok muka diorang tanpa topeng.

Terdapat juga spekulasi daripada peminat yang mengatakan mereka ini tidak mahu mendedahkan identiti masing-masing kerana mereka adalah gabungan ahli pemuzik daripada band yang berlainan. Logik jugak.

LORDI

Band ini memakai kostum yang di inspirasikan daripada watak-watak seram kegemaran setiap anggota. Kumpulan yang berasal daripada Finnish ini ditubuhkan pada tahun 1992 dan diasaskan oleh penyanyi utama memerangkap pencipta lagu, dan pembuat kostum yang dikenali sebagai Mr Lordi atau Tomi Petteri Putaansuu. Genre band adalah Melodic Metal. Antara keunikan yang ada pada band ini tentunya adalah disebabkan kostum yang menerapkan elemen-elemen seakan mahkluk seram dan ganas.

Walaupun dah lama ditubuhkan tetapi populariti Lordi mula melonjak naik apabila band ini memenangi dengan lagu berjudul “Would You Love a Monsterman” yang dikeluarkan pada tahun 2002 serta apabila band ini memenangi Eurovision Song Contest pada tahun 2006. Setiap kali tampil dengan album terbaharu, Mr Lordi akan upgrade kostum pakai setiap anggota. Rajin betul.

Inspirasi band ini untuk tampil dengan imej berkostum adalah disebabkan band otai Kiss. Mr Lordi pernah mengatakan tanpa kewujudan kumpulan Kiss, maka Lordi juga tidak akan wujud. Mereka juga mengatakan band ini perlukan masa sebanyak satu jam untuk memakaikan kostum setiap anggota, namun Mr Lordi pula memerlukan masa sebagai dua sehingga tiga jam untuk memakai kostum beliau.

KATALAKI: Siapa ingat Amuk dengan Encik Mimpi dulu?

Last modified: 15 April 2020