Bandar Paling Sunyi Di Dunia!

Sembang

Pada 11 Mac 2011, satu kejadian gempar bumi telah berlaku dikawasan Tohoku, Jepun. Disebabkan gempar bumi ini, nuclear reactor yang berada Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant telah terpadam dan mengalami masalah. Nuclear reactor ini perlu berfungsi dengan betul kerana jika tidak ia akan menyebabkan berlakunya nuclear meltdown.

Gempa bumi yang terjadi tadi telah menyebabkan terjadinya tsunami setinggi 14 meter dan telah menghancurkan kawasan sekitar reactor satu hingga empat yang berada di Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant. Semasa nuclear meltdown berlaku, tiga letupan hydrogen turut terjadi dan telah melepaskan gas radioactive dari unit satu sehingga unit tiga. Kawasan ini telah tercemar dengan gas radioactive selama empat hari dari 12 sehingga 15 Mac 2011.

Disebabkan kesan radiation yang tinggi, pihak kerajaan Jepun telah mengambil keputusan untuk menjalankan proses evacuation secara besar-besaran dikawasan yang berada dalam lingkungan 20-kilometer dari Fukushima Daiichi Power Plant.

Seramai 154,000 orang penduduk yang tinggal dengan kawasan tersebut terpaksa meninggalkan rumah mereka dengan kadar segera. Kejadian nuclear meltdown yang berlaku di Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant ini boleh dikatakan antara nuclear meltdown paling teruk selepas apa yang berlaku di Chernobyl pada 26 April 1986. International Nuclear Event Scale telah mengkalikasikan kejadian ini sebagai Level 7, Level paling tinggi untuk kejadian nuclear meltdown.

Kini setelah 9 tahun kejadian nuclear meltdown di Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant berlaku, pekan-pekan yang berada berhampiran dengan kawasan tersebut dilihat sebagai “ghost town“. Ramai penduduk asal yang telah meninggalkan kawasan ini dan hanya beberapa orang sahaja yang kembali untuk tinggal disini walaupun kawasan ini telah disahkan selamat.

Tomioka, sebuah pekan berada berhampiran dengan Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant pada dahulunya telah menempatkan lebih daripada 15,000 sebelum kejadian nuclear meltdown ini berlaku. Pada hari kejadian, semua penduduk telah meninggalkan rumah mereka secepat mungkin tanpa sempat mengemas barang-barang mereka.

Bukti yang menunjukkan pekan-pekan ini ditinggalkan dalam keadaan tergesa-tergesa boleh dilihat dengan kereta, pintu kedai, bag-bag sekolah dan beberapa barang lain yang telah ditinggalkan. Di pekan Namie, seramai 21,434 penduduk yang dahulunya tinggal disitu telah mengambil keputusan untuk tinggal di bandar lain.

Oleh kerana mereka semua mengambil keputusan untuk tidak kembali ke sini, mereka telah meminta pihak bandaraya untuk merobohkan sahaja rumah lama mereka. Setakat tahun 2017, sebanyak 800 rumah telah robohkan dan masih mempunyai baki sebanyak 1280 buah rumah lagi yang masih menunggu giliran.

Sejak kerajaan memberitahu yang kawasan-kawasan ini telah selamat untuk diduduki semula pada April 2017, hanya seramai 304 orang sahaja yang kembali untuk menetap di kawasan yang telah disahkan selamat. Kebanyakan penduduk yang kembali merupakan warga emas yang tidak mempunyai keluarga.

Salah seorang yang kembali adalah Ichiro Tagawa, seorang warga emas yang berumur 77 dan telah mengambil keputusan untuk membuka semula kedai membaiki basikalnya yang telah hancur dilanda tsunami sebelum ini. Menurut Ichiro, kedai ini merupakan perniagaan ahli keluarganya sejak 80 tahun yang lepas.

Seorang lagi yang telah kembali ke pekan ini adalah Naoto Matsumura. Dia yang telah berumur lebih 50 tahun mengambil keputusan untuk kembali ke pekan tersebut kerana risau dengan keadaan haiwan-haiwan seperti kucing, anjing dan beberapa haiwan lain yang berada dikawasan tersebut.

Setiap hari Naoto akan memberikan makanan kepada semua haiwan yang berada dikawasan tersebut. Ini termasuklah haiwan seperti kucing, anjing, lembu, kuda dan beberapa haiwan lain. Walaupun dia mungkin terdedah dengan radiation yang masih ada dikawasan tersebut, Naoto menyatakan dia tidak kisah dengan semua itu asalkan haiwan-haiwan ini dijaga.

Disebabkan apa yang dia telah lakukan, dia telah mendapat gelaran “Penjaga Haiwan Fukushima”. Orang ramai yang dapat tahu tentang kerja amal yang dia telah lakukan telah bertindak untuk memberikan sokongan dengan mengumpul dana dan juga makanan bagi Naoto dan juga haiwan-haiwan yang dia sedang jaga.

KATALAKI: Kau duduk rumah sorang-sorang pun dah seram inikan pula kalau tinggal dekat bandar ghost town macam ni!

Last modified: 25 November 2019