Bangun Pagi Cool ‘Gils’ Dengan Lenovo Smart Clock!

Gadget, Tech

Kalau smartwatch kita dah biasa sangat tengok dekat pasaran sekarang. Macam-macam jenis ada dan macam-macam feature yang dorang letak dalam smartwatch dorang. Tapi jarang nak nampak Smart Clock so aku rasa sebab tu Lenovo keluarkan Smart Clock untuk peminat dorang.

Lenovo Smart Clock ini mempunyai rekaan yang nampak menarik dan sesuai untuk korang yang nak jadikan rumah korang dengan tema “Smart Home” sebab dalam Smart Clock daripada Lenovo ni dorang ada beberapa feature yang bagi aku sangat futuristic. Bawah ni aku share beberapa sebab kenapa aku rasa korang perlu ada Smart Clock Lenovo ni.

BUKAN SEKADAR JAM BIASA

Kalau korang ada jam loceng, mesti korang dah bosan dengan bunyi yang keluar dari jam loceng korangkan. Tak lupa juga bertapa annoying-nya bunyi dia. Dengan Smart Clock ni korang pilih beratus sound effect yang sesuai dengan korang.

Bukan setakat itu saja, dengan Smart Clock ni korang boleh check cuaca & lihat berita-berita terbaru hari ini dekat display panel yang terdapat pada Smart Clock ini. Korang boleh jugak check sleep summary korang menggunakan Smart Clock Lenovo ni.

Display panel untuk Smart Clock ini adalah sebesar 4 inci dan menggunakan screen jenis IPS. Display panel ini jugak mempunyai fungsi sesentuh untuk memudahkan korang menggunakan Lenovo Smart Clock.

ALL IN ONE GADGET

Smart Clock ini jugak bertindak seperti smart speaker contohnya memadamkan lampu, mengunci pintu, mainkan music yang relaxing dan banyak lagi untuk membantu korang tidur dengan aman.

Korang jugak boleh setkan alarm korang dengan menggunakan voice command or sentuh saja pada display panel yang terdapat pada Lenovo Smart Clock. Lagi satu feature dia yang aku suka adalah korang jugak boleh sambungkan USB charging cable korang dan charge phone korang dekat dengan Smart Clock ni.

SERASI DENGAN SMART GADGET LAIN

Yang bagusnya Smart Clock dari Lenovo ni, korang boleh sambungkan dia dengan smart gadget lain yang terdapat dekat rumah korang dan akses semuanya daripada Smart Clock ini.

Korang boleh turn on/off smart light korang, turn on smart coffee maker sebaik saja korang bangun daripada tidur, check security camera korang dengan display panel and macam-macam lagilah bro! Smart Clock ini boleh disambungkan lebih daripada 10,000 jenis product daripada 5,000 jenis jenama.

BERTINDAK SEBAGAI MEDIA PLAYER

Tak boleh nak tidur malam? Don’t worry bro sebab korang jugak boleh gunakan Smart Clock ni sebagai media player korang. Korang boleh mainkan lagu-lagu kegemaran korang, dengar podcast or audiobook.

Korang jugak boleh sambungkan Smart Clock ini dengan Chromecast so korang boleh stream cerita-cerita kegemaran korang dan tengok movie menggunakan Smart Clock dari Lenovo ni.

Smart Clock Lenovo ini cuma seberat 328g dan terdapat 1.5 inci speaker driver. Tak dilupakan yang Lenovo Smart Clock ini dibina dengan Google Assistant didalamnya so setiap pagi boleh korang “Hey Google” dekat Lenovo Smart Clock ni hahaha! 

KATALAKI: Aku dah lama terpikir nak buat tema smart home dekat rumah aku tapi itulah tuan rumahnya (aku) pun tak berapa nak smart sangat hahaha!

Last modified: 10 January 2019