Bangunan & Monumen Bersejarah Yang Gagal Disiapkan Sehingga Sekarang!

Sembang

Untuk membina bangunan dan monument bersejarah, ianya boleh memakan masa yang panjang dan juga pembelanjaan yang sangat tinggi. Walaupun banyak usaha telah dilakukan, tetap akan ada beberapa bangunan dan monument yang tidak dapat disiapkan dan akhirnya terbiar begitu sahaja.

Selalunya perkara ini terjadi disebabkan kurang manpower, kurang funding dan termasuk berlaku kematian di tempat pembinaan. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa bangunan dan monument bersejarah yang sebenarnya tidak pernah siap sehingga sekarang.

HASSAN TOWER

The Hassan Tower ataupun dikenali sebagai Tour Hassan ini sebenarnya merupakan satu project yang diarahkan oleh Yaqub al-Mansur pada abad ke-12. Ia sepatutnya menjadi sebuah menara tertinggi untuk sebuah masjid paling besar di dunia namun ia terpaksa diberhentikan pembinaan selepas 4 tahun kematian Yaqub al-Mansur.

Menara ini mempunyai ketinggian 44 meter yang mana sebenarnya hanya separuh ketinggian yang sepatutnya. Terdapat lebih 200 tiang kecil disekelilingnya dan tiang-tiang ini sepatutnya menjadi tiang yang akan mengukuhkan lagi masjid yang dorang ingin bina. Dikatakan masjid ini sepatutnya boleh sehingga 20,000 orang dalam satu-satu masa andai kata ia siap dibina.

PYRAMID OF NEFEREFRE

Pyramid ini telah dibina atas arahan Neferefre namun dia telah mati sebelum Pyramid ini dapat disiapkan. Pyramid yang belum siap ini kemudian diubah menjadi sebuah tempat beribadat dan Mastaba, sebuah tempat bersemadinya firaun-firaun.

Makam Neferefre dikatakan telah dijumpai pada bahagian tengah Pyramid ini. Hasil kajian telah mengesahkan dia telah mati ketika masih muda iaitu pada umur 22 ataupun 23 tahun. Cuma satu tingkat Pyramid of Neferefre sahaja yang dapat disiapkan.

RYUGYONG HOTEL

The Ryugyong Hotel yang dibina di Korea Utara ini telah mula dibina pada tahun 1987 namun sehingga sekarang ia masih belum dapat disiapkan. Hotel ini sepatutnya dinobatkan sebagai bangunan dan hotel ketujuh tertinggi di dunia namun oleh kerana ia masih belum siap, gelaran tersebut telah diberikan kepada bangunan lain.

Hotel yang sepatutnya mula beroperasi pada 1989 terpaksa diberhentikan kerana masalah ekonomi. Hotel ini dikatakan akan mempunyai 3,000 bilik, tujuh revolving restaurant, casinos, nightclub dan banyak lagi. Hotel ini juga dikatakan sepatutnya mempunyai ketinggian 105 tingkat.

THE INTERNATIONAL SPACE STATION

Korang mesti terkejutkan kenapa The International Space Station boleh ada dalam list ini? Untuk pengetahuan korang sebenarnya The International Space Station (ISS) ini tidak pernah siap dan masih dalam binaan. Component pertama untuk ISS  yang dipanggil sebagai Zarya telah dilancarkan ke angkasa pada tahun 1998.

Component terbaru yang dilancarkan adalah pada tahun 2011. Sepatutnya jika dilihat dalam perancangan, ISS sepatutnya telah siap dibina pada tahun 2005 namun disebabkan technology yang semakin maju, pembinaannya terpaksa berubah-berubah. Setakat ini, ISS cuma dikatakan separuh siap sahaja.

SUPER POWER BUILDING

Super Power Building ataupun nama lainnya Church of Scientology Flag Service Organization merupakan gereja paling besar di Clearwater, Florida. Gereja ini telah dibina oleh David Miscavige untuk pengikut-pengikut Scientology yang mengikutinya.

Pembinaan ini telah dimulakan pada 1999 dan dijangka akan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dengan belanja sebanyak USD40 juta. Namun pembinaan telah terhenti selama 6 tahun kerana kekurangan wang walaupun pengikut-pengikut gereja ini tidak putus-putus memberikan sumbangan setiap bulan. David dikatakan telah menggunakan duit yang diderma oleh pengikutnya untuk membeli barang-barang mewah dan dia akhirnya telah disaman oleh beberapa orang pengikutnya sendiri pada tahun 2013.

KATALAKI: Aku pun baru tahu yang ISS still tak siap lagi hahaha!

Last modified: 13 January 2020