Barang-Barang Ini Dicipta Oleh Wanita!

Sembang, ZeKool

Korang tahu tak yang baju kalis peluru sebenarnya dicipta oleh wanita. Orang yang bertanggungjawab mencipta Kevlar, bahan yang digunakan pada baju kalis peluru adalah Stephanie Kwolek pada tahun 1965. Dia secara tidak sengaja mencipta Kevlar semasa dia cuba untuk mencipta fiber yang lebih ringan untuk tayar kereta.

Untuk pengetahuan korang, ada banyak lagi barang-barang harian yang kita pakai sekarang ini sebenarnya dicipta oleh wanita. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa barang harian yang sebenarnya dicipta oleh wanita!

PAPER BAG

Pada mulanya, paper bag yang kita tengok sekarang berbeza dengan paper bag yang mula diperbuat pada zaman dahulu. Paper bag pada zaman dahulu tidak mempunyai rekaan bawah yang rata dan lebih berbentuk seperti sampul surat.

Namun ia mula berubah apabila Margaret Knight telah mencipta satu mesin yang membuat paper bag dengan rekaan bawah yang rata pada 1868. Seorang lelaki iaitu Charles Annan cuba untuk mencuri rekaan ini dan failkan paten namun tidak berjaya apabila Margaret telah menang apabila dia mengfailkan saman kepada Charles dan menang saman tersebut pada tahun 1871.

WINDSHIELD WIPERS

Ketika Mary Anderson mula-mula memperkenalkan manual windshield wipers pada 1903, ramai pemandu yang tidak yakin dengan rekaan tersebut kerana bagi mereka adalah selamat meredah hujan dari meredah hujan sambil menarik lever untuk menggerakkan windshield ini secara manual.

Pada tahun 1917, Charlotte Bridgwood telah mencipta windshield wipers versi automatik namun ia juga tidak mendapat sambutan sehinggalah pada tahun 1920 apabila Cadillac merupakan jenama kereta pertama yang meletakkan windshield wipers pada kereta-kereta mereka sebelum diikuti oleh jenama lain.

LIQUID PAPER

Time sekolah dulu korang mesti ada Liquid Paper dalam pencil case korangkan? korang tahu tak yang sebenarnya liquid paper dicipta oleh seorang wanita? Untuk pengetahuan korang, orang yang bertanggungjawab mencipta liquid paper ini adalah Bette Nesmith Graham yang merupakan seorang setiausaha.

Dia pada mulanya menggunakan white tempera paint bagi menutup kesalahan tulisannya. Selepas itu dia mengambil masa beberapa tahun untuk menyempurnakan rekaannya dan telah berjaya patenkan rekaan ini pada tahun 1958. Pada tahun 1979, Gillette telah memberi tawaran untuk membeli rekaan ini daripada Bette dan dia telah bersetuju untuk menjualnya pada harga USD47.5 juta!

WIRELESS TRANSMISSION 

Untuk pengetahuan korang, kalau Hedy Lamarr tidak mencipta wireless transmission maka tak akan wujudlah teknologi seperti WiFi, GPS dan juga Bluetooth! Ketika World War II, Hedy bercadang untuk mencipta satu frequency hopping communication system yang boleh digunakan untuk mengawal peluru berpandu tanpa dikesan oleh pihak musuh.

Ketika Hedy Lamarr mencipta wireless transmission ini, dia sebenarnya merupakan seorang pelakon wanita yang terkenal ketika zaman tersebut. Dengan hasil ciptaannya, ia berjaya membuktikan yang ia betul-betul berguna ketika peristiwa Cuban Missile Crisis.

MONOPOLY

Siapa saja yang tak pernah main board games yang terkenal ini. Walaupun ada banyak versi seperti Jutaria dan banyak lagi, tahukah korang nama sebenarnya permainan ini dan sebenarnya ia dicipta oleh seorang wanita yang cuba menentang ketamakkan capitalism. Orang yang bertanggungjawab mencipta permainan ini adalah Elizabeth Magie.

Semasa Elizabeth Magie mencipta permainan ini. namanya bukan Monopoly tapi The Landlord’s Game. Idea ini kemudiannya telah dicuri oleh Charles Darrow dan dia kemudiannya telah menjual idea tersebut kepada Parker Brothers. Syarikat Parker Brothers kemudiannya dapat tahu yang permainan ini sebenarnya dicipta oleh Elizabeth dan mereka berjaya menjejaki dia. Mereka kemudiannya membayar USD500 kepada Elizabeth sebagai ganti rugi!

KATALAKI: #WomenPower!

Last modified: 16 January 2020