Barang Supreme Paling Rare Yang Pernah Wujud

Sembang

Ada lagi ke yang tak tahu pasal brand Supreme ni? Apa benda je yang ada logo Supreme, confirmed mahal gilababs! Tak kisah la baju ke, beg ke, kasut ke, topi ke. Semuanya mesti harga cari gaduh. Walaupun barang-barang Supreme ni mahal, tapi ada je yang berebut nak pakai. Tak peduli dah mahal macam mana pun.

Supreme ni berasal daripada New York, USA yang pada mulanya jual barang-barang skateboarding termasuklah baju, kasut, dan dah tentu sekali papan skateboard. Barang yang dikeluarkan oleh Supreme selalunya limited dan tak banyak. Sebab tu bila ada barang baru Supreme yang akan release, orang ramai sanggup beratur dari awal pagi dan panjang berjela!

Setakat ni ada 11 je kedai Supreme kat dunia ni termasuklah kat USA, France, UK, dan Jepun. Ni lah dia founder Supreme, James Jebbia.

Dalam banyak-banyak barang Supreme yang pernah wujud kat dunia ni, ni barang yang paling rare yang pernah dikeluarkan oleh Supreme. Yang mana satu korang ada?

Supreme Hair Clipper

Tahun Dikeluarkan : 2017

Harga Reseller : RM 1,300.00

Surpreme Fire Extinguisher

Tahun Dikeluarkan : 2015

Harga Reseller : RM 4,000.00

Supreme Hammer

Tahun Dikeluarkan : 2012

Harga Reseller : RM 950.00

Supreme Playing Cards

Tahun Dikeluarkan : 2013

Harga Reseller : RM 350.00

Supreme Harmonica

Tahun Dikeluarkan : 2012

Harga Reseller : RM 900.00

Supreme Air Horn

Tahun Dikeluarkan : 2015

Harga Reseller : RM 1,000.00

Supreme Bolt Cutters

Tahun Dikeluarkan : 2016

Harga Reseller : RM 1,500.00

Supreme Brick

Tahun Dikeluarkan : 2016

Harga Reseller : RM 4,500.00

Supreme Bike Pump

Tahun Dikeluarkan : 2016

Harga Reseller : RM 1,600.00

Supreme X Fender Stratocaster Guitar

Tahun Dikeluarkan : 2017

Harga Reseller : RM 45,000.00

Supreme Mini Bike

Tahun Dikeluarkan : 2017

Harga Reseller : RM 14,000.00.

Dah tengok barang-barang Supreme ni, terasa macam nak dengar lagu-lagu yang tengah ‘in‘ sekarang ni. Jom layan playlist Hot X kat bawah ni gais!

KATALAKI: Teringin nak pakai batu bata Supreme.

Last modified: 11 September 2019