Basikal Paling Laju Di Dunia

Sembang

Pada 17 Ogos 2019, rekod baru basikal paling laju di dunia berjaya dicipta oleh seorang arkitek yang dikenali sebagai Neil Campbell menggunakan basikal yang direka khas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Operation Pacemaker (@operationpacemaker) on

Proses untuk membina basikal dan mencipta rekod baru ni diceritakan satu per satu oleh Neil Campbell menerusi Instagram @operationpacemaker sejak tahun 2015. Kos untuk membina basikal yang direka khas dan berteknologi tinggi ni dianggarkan mencecah sehingga RM78,000 merangkumi bahagian dan komponen basikal yang dicipta menerusi teknologi 3D dan rantai carbon fibre.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Operation Pacemaker (@operationpacemaker) on

Neil Campbell yang dilengkapi dengan racing suit dan ditunda oleh sebuah kereta Porsche sehinga mencapai kelajuan maksimum, kemudian dilepaskan oleh kereta Porsche tersebut untuk mencatat rekod baru basikal paling laju di dunia dengan kelajuan 280 KM/H. Untuk info, rekod basikal paling laju di dunia sebelum ni dipegang oleh Fred Rompelberg pada tahun 1995 dengan kelajuan 269 KM/H.

Kalau korang perasan kat bahagian bio di Instagram @operationpacemaker, Neil Campbell merancang untuk mencipta rekod baru pada tahun 2020 nanti dengan kelajuan 295 KM/H (183 MP/H). Bawah ni video penuh semasa Neil Campbell berjaya memecahkan rekod baru hari tu.

KATALAKI: Bukan basikal je kena mampu tampung kelajuan 280 KM/H tu. Orang yang kayuh basikal tu pun kena main peranan gak. Silap-silap boleh tercabut kaki.

Last modified: 6 September 2019