Bau Kereta Baru Bahaya Untuk Kesihatan?

Collab, SuperDeals

Superdeals

Bila kita atau member yang baru beli sesuatu yang baru, kita semua mesti akan ada rasa excited sebab benda baru yang kita beli tu selalunya akan ada ‘bau kedai’. Dan bau ni antara salah satu tanda yang memberikan gah kepada apa yang kita beli tu. Seterusnya kita pun akan rasa bangga dengan bau baru yang kita miliki ni. Antara ‘bau kedai’ yang paling ketara sekali sudah tentunya bila kita beli kereta baru.

TAPI! tahu tak korang ‘bau kedai’ yang selalu kita bangga ni sebenarnya boleh mengancam hidup kita. Memang bau kereta baru ni adalah bau yang dikatakan wangi buat sesetengah orang, ada yang gemar dan ada juga yang tak gemar dengan bau ni. Buat yang sukakan bau ni, kami nak bagitahu yang sebenarnya bau kereta baru ni sebenarnya tidak sihat.

Dari Mana Datang Bau Ni?

Menurut sumber howstuffworks.com, sebenarnya bau kereta baru ni terhasil daripada campuran sebatian organik compounds vinil atau plastik serta permukaan di dashboard atau panel pintu. Bau yang terhasil daripada campuran-campuran ini dikenali sebagai volatile organic compounds atau VOC, ini adalah punca dimana terjadinya ‘bau kedai’ yang sering terdapat pada kereta baharu.

Tapi sebenarnya, mengikut kajian, ‘bau kedai’ ni sebenarnya tidak elok untuk kesihatan kita dan boleh dikira sebagai bahan pencemaran udara. Bau yang campuran VOC ini bukan sahaja terdapat pada bau kereta baru, malah terdapat juga pada produk rumah seperti cat dinding dan produk pencuci. Dan biasanya bau ini ditemui pada udara dalaman.

Di dalam kereta pula, pelarut berasaskan petroleum adalah punca bagi ‘bau kedai’ harum yang disukai ramai apabila mereka membeli kereta baru. Menurut Janis Ambrose Shard, pegawai Color & Trim Toyota, “Bahawa bau kereta baru bukan sesuatu yang kita berusaha untuk mencapai”. Kebanyakan pengeluar kereta zaman sekarang juga cuba untuk mengurangkan bau VOC dengan pengunakan pelekat berasaskan pelarut kepada alternatif berasaskan air.

Jadi pada dasarnya, ‘bau kedai’ yang kita dok banggakan selama ni sebenarnya boleh membahayakan apabila dihidu atau dicerna dan boleh menyebabkan kesan kesihatan yang teruk. Jadi untuk korang yang baru je beli kereta baru tu, lebih baik korang pakai pewangi atau pun gunakan air purifier untuk hilangkan bau VOC.

Nak lagi sihat, gunakan air purifier di dalam kereta korang. Yang bagusnya dengan adanya air purifier ia dapat membersihkan ruang udara daripada asap, gas dan bau yang kurang menyenangkan. OGAWA Aura Mate Personal Aura Mate Purifier antara jenama yang bagus dan harga juga berpatutan. Kalau nak beli, kami cadangkan beli di SuperDeals.com.my ni, sebab ada harga tawaran yang murah, jimat sebanyak 42% dari harga asal. Nak beli air purifier? klik KAT SINI.

Superdeals

Last modified: 25 July 2019