Bawa Pescao55 Pulang Raya

Sembang

Majoriti kaum beragama Islam di Malaysia, bulan Ramadan dan Syawal amat dinanti-nantikan. Dan buat mereka yang menjalankan ibadah puasa, sambutan Hari Raya Aidilfitri akan lebih bermakna kerana ianya cukup sempurna jika ianya diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan yang tercinta.

Berbeza pula dengan pelumba MotoGP negara, semenjak tiga tahun berturut-turut, sambutan bulan Ramadan dan Syawal disambut di litar lumba kerana tanggungjawabnya sebagai pelumba motosikal berkuasa tinggi pertama dari Asia Tenggara yang layak bertanding di dalam kategori kejohanan lumba motosikal terunggul di dunia MotoGP.

Ianya merupakan pengorbanan demi merealisasikan segala impian dan harapan, bukan sahaja bagi dirinya sendiri, malah jutaan peminat dari seluruh dunia yang inginkan Hafizh berjaya dan seterusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Buat pelumba Red Bull KTM Tech3 ini, sambutan Hari Raya Aidilfitri buatnya mungkin agak berlainan dengan pelancaran kempen My Raya Pledge atau Impian Rayaku oleh Red Bull Produk Eropah. Dengan misi untuk mendapatkan jumlah minimum 1,000 ikrar atau azam Raya dari rakyat Malaysia, syarikat minuman tenaga tersebut turut berikrar untuk membawa pulang Hafizh ke tanahair dengan semangat balik kampung agar dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga yang tersayang.

Syahrin poses for a portrait during the official presentation of the Red Bull KTM Tech3 team in Mattighofen, Austria on January 12, 2019.

Tahun ini keadaan mungkin agak berlainan bagi pelumba Red Bull KTM Tech3 ini dengan pelancaran kempen My Raya Pledge atau Impian Rayaku oleh Red Bull Produk Eropah. Dengan misi untuk mendapatkan jumlah minimum 1,000 ikrar atau azam Raya dari rakyat Malaysia, Red Bull turut berikrar untuk membawa pulang Hafizh ke tanahair dengan semangat balik kampung agar dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga yang tersayang.

“Saya begitu bersyukur dan terharu kerana dapat terlibat di dalam kempen yang amat bermakna ini dan harapan saya agar rakyat Malaysia terutamanya peminat-peminat saya akan turut mengambil bahagian dengan menghantar kiriman ikrar mereka. Karier saya sebagai pelumba MotoGP mungkin telah membawa saya ke serata pelosok dunia namun hati saya masih lagi setia di Malaysia. Peluang untuk pulang menyambut Hari Raya di Lembah Klang (di Shah Alam dan Kuala Lumpur) dan beraya di rantau orang amat besar ertinya” kata Hafizh penuh semangat.

KATALAKI: Jom sama-sama tolong bawa balik our hero home for raya guys!

Last modified: 1 June 2019