Behind The Scenes: Iklan Makanan Yang Menyelerakan

Sembang

ϟ 1,327

Salah satu objektif iklan makanan yang kita selalu tengok sama ada gambar atau pun video ialah buat kita lapar sampai rasa nak kunyah iklan tu. Tapi di sebalik iklan yang menyelerakan, sebenarnya banyak kerja-kerja berat dan kreatif yang berlaku kat belakang kamera. Kali ni mari kita tengok macam mana pembikinan iklan makanan yang menyelerakan dihasilkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Steve Giralt Visual Engineer (@stevegiralt) on

Nampak menyelerakan, betul? Pemilik otak genius yang menghasilkan iklan ni ialah Steve Giralt, seorang jurutera visual yang menggunakan kecanggihan kamera dan robot untuk buat iklan makanan yang memang nampak menyelerakan. Macam mana Steve Giralt buat iklan macam ni? Video bawah ni ada tunjuk apa yang berlaku di sebalik iklan burger ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Steve Giralt Visual Engineer (@stevegiralt) on

Bukan je menghasilkan iklan menerusi video, Steve Giralt ada gak buat iklan menggunakan fotografi. Masa mula-mula terlibat dalam bidang pengiklanan, Steve Giralt bermula dengan fotografi dulu dan seterusnya mula menggunakan video dengan bantuan robot.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Steve Giralt Visual Engineer (@stevegiralt) on

Iklan yang paling menggoda untuk orang ramai dah tentu sekali iklan minuman. Masa bulan puasa paling mencabar. Ini pembikinan di sebalik iklan minuman yang dihasilkan oleh Steve Giralt.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Steve Giralt Visual Engineer (@stevegiralt) on

Selain daripada iklan makanan dan minuman, ada gak iklan produk-produk lain yang dihasilkan oleh Steve Giralt antaranya kasut, bola, sabun, baju dalam dan syampu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Steve Giralt Visual Engineer (@stevegiralt) on

Nampak macam senang je, lepaskan botol syampu dalam air. Tapi ni yang berlaku di sebalik kamera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Steve Giralt Visual Engineer (@stevegiralt) on

Selain daripada gunakan video slow-mo, teknik pencahayaan  pun penting gak dalam menghasilkan video atau pun iklan yang gempak-gempak. Korang boleh tengok sendiri ada banyak lagi video di sebalik tabir iklan-iklan yang pernah dihasilkan oleh Steve Giralt kat akaun rasmi Instagram @stevegiralt.

KATALAKI: Akaun Instagram macam ni yang korang patut follow untuk bagi inspirasi dalam hidup korang. Asyik follow chinggey instafamous je boleh ketumbit nanti

ϟ 1,327

Last modified: 12 July 2019