Benda-Benda Produktif Boleh Buat Kat Rumah

Sembang, ZAP, ZeKool

Sejak perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan dimulakan pada 18 Mac 2020. Kesemua rakyat di Malaysia perlu diminta untuk mematuhi perintah yang telah diarahkan oleh kerajaan Malaysia. Dan dengan perintah ini juga kita semua terpaksa dan harus akur dengan peraturan yang diberikan supaya kita juga dapat sama-sama membantu kerajaan Malaysia untuk menangani wabak virus Covid-19 yang dilihat semakin hari semakin tular dengan bilangan mangsa jangkitan meningkat.

Dengan masa 2 minggu yang diberikan untuk Perintah Kawalan Pergerakan ini, ini juga bermaksud kita semua harus menukar cara lifestyle seharian kita.

Nak lepak mamak? Nak pergi gym? Tengok wayang? Pergi jogging kat taman? Lepak tengok concert? Semua ini terpaksa kita korbankan buat seketika untuk memberi laluan kepada kerajaan menyahkan virus ancaman yang merbahaya ini.Since kita semua kena ubah lifestyle kita sepanjang tempoh 2 minggu ini. Harini kami nak share tips yang boleh korang gunakan masa yang ada DI RUMAH!

JADI STREAMER!

Dulu masa kat office korang selalu usha budak-budak E Sports duduk rumah main game je kan? Tapi kali ni why not korang ambil masa yang ada untuk setup page streaming korang tu. Tak kisah la kat Youtube, Facebook atau mahupun Twitch. Ada banyak masa untuk korang belajar. Dah setup? Okay sekarang boleh la korang mulakan streaming game-game yang korang memang terrer tu. Nak lagi best, apa kata korang stream main game yang korang memang tak pernah main. Baru la ada element of surprise bila penonton tengok live korang nanti. Amacam?

BELAJAR MEMASAK (KAT YOUTUBE LAH)

Kan Kerajaan Malaysia dah cakap, kalau nak keluar rumah hanya pergi untuk mencari barangan keperluan je. Kalau tak perlu, duduk je kat rumah. STAY AT HOME.


Jadi time stay at home ni, gunakan masa yang ada untuk korang asah skill memasak yang ada. Kalau perlu pergi beli barang dapur, pergi runner kejap kat kedai runcit yang berdekatan. Jangan korang pergi merayap lepak kat kedai kopi pulak. Nak nak nanti Polis akan mula siatan kegiatan sosial kalau terlalu ramai sangat di tempat awam.

Dekat Youtube ni ada banyak content creator Malaysia yang sangat sangat kreatif dalam bab-bab memasak ni. Jadi korang boleh la usha channel Youtube diorang. Maybe korang boleh follow cara resepi memasak diorang ni jugak untuk menu-menu yang simple dan mudah.


UPDATE RESUME

Haaaa lagi satu peluang yang ada bila kena kuarantin kat rumah ni adalah masa yang terbaik untuk korang update resume tu. Jangan terlalu rush, ambil masa sedikit untuk track and trace balik kerja-kerja yang korang dah pernah buat untuk diletakkan dalam resume.

Time ni jugak la korang boleh usha kerja-kerja yang kosong kat Linkedin ke atau Jobstreet ke. Kalau korang berminat, cuba apply je dulu. Ada rezeki, nanti lepas habis tempoh kuarantin, mesti company-company tu akan panggil untuk sesi Interview.

HOME WORKOUT!

Kalau yang duduk dekat apartment atau condo tu yang ada kelengkapan gym. Untung lah kan? Tapi kalau jenis yang takde kelengkapan gym atau korang memang malas nak keluar. Korang boleh je buat home workout. Sama jugak macam tips memasak tadi, kalau korang tak sure nak buat macam mana? Usha je lah video-video kat Youtube. Memang berlambak video home workout yang dah tersedia. Hanya perlu check out and workout!

Kat bawah ni kami kongsi antara video daripada content creator Malaysia, Jordan Yeoh, dia pun dah upload video terbaharu untuk ajar dan mengajak korang untuk sama-sama buat home workout.

KATALAKI: Artikel ini diceduk daripada Instagram @thelakione. Kalau nak tahu lagi banyak tips, silalah follow Instagram kami DISINI.

Last modified: 20 March 2020