Benda Paling Rare Yang Patut Dicuba Dalam Tempoh Kuarantin

Sembang

Rasanya, semua orang sekarang ni tengah meluangkan masa yang lebih dengan smartphone memandangkan kita dinasihatkan supaya terus kekal berada di dalam rumah selagi Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi berkuatkuasa. Ingat, kita kena bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan cara mematuhi semua arahan untuk menghalang wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Disebabkan ramai yang tidak dibenarkan keluar daripada rumah, ada macam-macam kreativiti yang kita boleh nampak kat media sosial buat masa ni. Ada yang menyibukkan diri dengan #StayAtHomeChallenge, ada yang dalam misi mencari dan menghentam individu yang masih ingkar arahan dan ada gak yang buat Instagram story berlapis-lapis sambil mencabar kawan-kawan untuk melukis. Memang meriah media sosial sekarang ni. Tapi ingat, kalau melibatkan berita palsu jangan main-main dan jangan sebarkan.

DALGONA COFFEE

Yang terbaru, yang tengah banyak melintas di timeline media sosial sekarang ni adalah sejenis minuman yang menggabungkan serbuk kopi, gula, air panas, susu dan ais dikenali sebagai Dalgona Coffee. Korang dah try buat ke belum?

Berasal dari Korea Selatan, kali pertama Dalgona Coffee mula tersebar meluas di Internet selepas seorang Youtuber yang dikenali sebagai 뚤기ddulgi, memuat naik video cara penyediaan Dalgona Coffee yang perlu dikacau sehingga 400 kali. Video ni dah pun menerima lebih daripada 2.5 juta views, dimuat naik pada 22 Februari 2020. Kalau korang perasan, video Dalgona Coffee daripada 뚤기ddulgi ni menggunakan teknik ASMR. Sampai boleh dengar bunyi bekas serbuk kopi dikoyakkan.

ANIMAL LIVE STREAM

Selain daripada mencuba benda baru macam bancuh Dalgona Coffee, ada lagi benda rare yang korang boleh buat sementara tengah berkurung kat dalam rumah sekarang ni iaitu mendekatkan diri dengan alam semula jadi walaupun berada di dalam rumah dengan cara, menonton haiwan-haiwan liar secara live stream.

San Diego Zoo

Terletak di California, Amerika Syarikat, San Diego Zoo ada menayangkan live stream secara percuma di lawan web, bermacam-macam jenis haiwan. Sama ada panda, orang utan, gajah atau harimau, penonton boleh pilih sesuka hati nak tengok live stream haiwan yang mana satu.

Smithsonian’s National Zoo

Nak tengok panda depan mata selalunya susah. Cuaca Malaysia yang panas ni mungkin tak sesuai dengan panda. Tapi terima kasih kepada Smithsonian’s National Zoo, sekarang kita dah boleh panda secara live stream.

Kitten Rescue Sanctuary

Haiwan yang paling disukai ramai, kucing, pun ada buat live stream. Kalau nak tengok kucing tidur, bertekak atau kucing yang diselamatkan, secara live, ini lah tempatnya.

KATALAKI: Time sekarang ni buat benda rare takpe, tapi jangan buat benda pelik-pelik.

Last modified: 21 March 2020