Benda Pelik Yang Korang boleh Jumpa Dekat Wikipedia!

Sembang

Aku rasa korang semua tahu apa itu Wikipedia betul tak? Wikipedia merupakan satu website yang mempunyai pelbagai article yang ditulis dan dikongsi oleh semua orang dari seluruh negara. Wikipedia telah dicipta pada tahun 2001 oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger.

Banyak article daripada pelbagai bahasa yang ada dekat Wikipedia tapi article bahasa inggeris merupakan article yang paling popular. Terdapat lebih daripada 5.7 article dekat Wikipedia sekarang. Dengan article sebanyak itu, memang tak mustahil korang akan terjumpa beberapa article yang agak pelik berbanding articlearticle lain. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa article pelik dan seram yang korang jumpa dekat Wikipedia.

LIZZIE BORDEN

Dalam article ini, korang boleh baca kisah tentang Lizzie Borden, seorang wanita yang dikatakan telah membunuh satu keluarganya menggunakan kapak. Pada 4 August 1892, ayah Lizzie dan ibu tirinya telah dijumpai mati dirumah mereka dengan kesan hentakan daripada sebilah kapak.

Ada yang menyatakan Lizzie merupakan orang yang bertanggungjawab membunuh mereka kerana mereka menjumpai baju yang dipakai oleh Lizzie pada hari itu dibakar dihadapan rumahnya. Ini mungkin kerana Lizzie cuba untuk menghapuskan bukti. Sehingga hari ini, kes ini masih belum dapat diselesaikan. Korang boleh baca dekat SINI.

JUNE & JENNIFER GIBBONS

Dorang ini merupakan kembar siam yang dilahirkan pada tahun 1963 di Wales dan digelar sebgai the Silent Twins. Dorang mendapat gelaran The Silent Twins sebab dorang tak bercakap langsung dengan orang lain dan hanya bercakap berdua sahaja dengan menggunakan bahasa rahsia dorang sendiri.

Nampak macam kembar biasa sajakan? Well bila dorang meningkat dewasa, dorang mula terlibat dengan jenayah. Dorang kemudiannya ditahan dan dimasukan ke Broadmoor Mental Health Hospital. Di dalam hospital tersebut, mereka mendapat satu idea iaitu untuk mereka bercakap dengan orang lain, salah seorang daripada mereka harus mati. Salah seorang daripada kembar tersebut iaitu Jennifer telah sakit dan mati secara tiba-tiba. Sehingga hari ini doktor masih tidak tahu punca kematiannya.

DYATLOV PASS INCIDENT

Article ini menceritakan tentang 9 orang kawan yang mendaki gunung Ural pada 1959 dan dijumpai mati dalam keadaan yang sangat pelik. Sehingga hari ini tiada siapa yang tahu apa yang telah terjadi kepada dorang pada malam sebelum dorang hilang dari kawasan perkhemahan dorang.

Salah seorang daripada mereka dijumpai dengan tengkorak yang pecah dan beberapa lagi dengan tuluk rusuk yang hancur. Salah seorang daripada dorang juga tidak mempunyai biji mata dan juga lidah. Ada yang menyatakan mereka telah diserang oleh haiwan liar dan ada yang menyatakan mereka diserang oleh Yeti, makhluk misteri yang mendiami kawasan tersebut.

JOYCE VINCENT

Article yang ini agak menyayat hati sedikit. Ia mengisahkan tentang Joyce Vincent seorang wanita yang dijumpai mati dirumahnya sendiri. Apa yang menyedihkan ialah mayatnya cuma dijumpai selepas tiga tahun dia telah tiada. Dia mati pada tahun 2003 dan dijumpai pada tahun 2006.

Joyce bukanlah seorang yang tidak mempunyai siapa-siapa. Cumanya dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada orang ramai setelah putus cinta. Semasa mayat dia dijumpai, TV dirumahnya masih terpasang dan terdapat beberapa beg shopping dan hadiah diatas kerusi dia dijumpai. Hadiah tersebut dikatakan sepatutnya dihantar kepada keluarganya sebelum dia mati.

KATALAKI: Kisah Joyce Vincent telah diadaptasikan dalam sebuah movie bertajuk Dreams of a Life.

Last modified: 24 June 2019