Benda Pelik Yang Orang Jumpa Dalam Sewer!

Sembang

Bila bercakap tentang sistem pembentungan bawah tanah, mesti kita terfikir tempat yang busuk dan penuh dengan tikus dan lipas. Tapi selain tikus dan lipas, ada benda lain sebenarnya yang hidup dan orang pernah jumpa dekat paip bawah tanah ini.

Kita lupakan tentang cerita Teenage Mutant Ninja Turtle dan tok guru dia yang hidup dalam sewer system sebab hari ini aku nak share dengan korang beberapa benda pelik yang orang pernah jumpa dalam paip bawah tanah ataupun pembentungan.

ANGGOTA BADAN

Benda-benda macam ini selalu kita tengok dalam movie tapi sebenarnya pekerja-pekerja sistem pembentungan memang selalu terjumpa anggota-anggota badan manusia. Lagipun tempat-tempat macam inilah pembunuh paling senang nak hapuskan bukti dan mayat.

Pada May tahun ini, WKYC News ada melaporkan yang pekerja sistem pembentungan di Akron, Ohio telah menjumpai mayat seorang lelaki semasa mereka sedang melakukan pemeriksaan harian. Mayat ini dikatakan telah dibunuh ditempat lain dan kemudiannya dibuang dalam lubang pembentungan.

RALEIGH SEWER ALIEN

Pada tahun 2009, seorang pekerja sistem pembentungan di Raleigh, North Carolina terkejut dengan apa yang dia jumpa di dalam pembentungan ini. Dengan menggunakan camera jarak jauh, dia telah menjumpai satu berbola daging yang seakan-akan bernyawa melekat pada dinding pembentungan itu. Korang tengoklah video dekat atas ini.

Video tersebut telah menggemparkan seluruh masyarakat sekeliling dan ada yang menyatakan ia sebenarnya adalah makhluk asing yang menghuni sistem pembentungan mereka. Setelah diperiksa dengan lebih lanjut, berbola tersebut sebenarnya adalah cacing jenis tubifex. Kalau korang nak tahu macam mana bentuk cacing tubifex ini, korang pergi kedai makanan haiwan, korang akan nampak dorang jual cacing tubifex ini yang jenis frozen hahaha!

BAYI

Yep, korang jangan terkejut sebab dorang juga pernah jumpa bayi yang masih hidup dalam sistem pembentungan. Pada tahun 2014, dua orang lelaki yang sedang mengayuh basikal di Sydney, Australia telah terdengar seperti bunyi anak kucing di dalam longkang berdekatan.

Dorang pun mengambil keputusan utnuk menyelamatkan anak kucing terbabit tapi alangkah terkejutnya dorang sebab bukan anak kucing yang dorang jumpa tapi bayi yang masih hidup. Laporan dari hospital menyatakan bayi tersebut dijangkakan telah berada dalam longkang tersebut selama lima hari dan pihak polis telah menahan ibu kandung bayi tersebut atas cubaan membunuh.

BUAYA

Aku rasa cerita buaya hidup dalam sistem pembentungan ini memang cerita yang paling popular kita pernah dengar. Banyak jugalah movie yang dibuat berdasar cerita-cerita urban ini tapi kalau korang nak tahu, ada beberapa kes yang benar-benar terjadi bila bercerita tentang kewujudan buaya dalam sewer ini.

Pada tahun 2016, pekerja sistem pembentungan di Florida telah mengeluarkan bangkai buaya sepanjang 11 kaki setelah masyarakat sekitar mengadu bau yang amat busuk datang daripada longkang berdekatan. Buaya tersebut dikatakan mungkin tersekat dan gagal untuk melepaskan diri daripada longkang yang sempit dan akhirnya mati setelah beberapa hari tersepit.

EMAS

Aku rasa lepas ini mesti akan ramai orang ceroboh masuk dalam sistem pembentungan lepas baca yang dorang boleh jumpa emas dekat dalam ini. Saintis menyatakan yang lebih kurang 45KG emas dijumpai dalam sistem pembentungan di Switzerland.

Menurut laporan CNN, emas-emas ini sebenarnya datang daripada kedai-kedai yang menghasilkan jam tangan dan barang kemas yang banyak di Switzerland. Dorang juga melaporkan yang kalau dorang convert emas yang dorang jumpa dalam bentuk wang tunai, dorang boleh dapat lebih kurang USD2 juta!

KATALAKI: Still berharap Teenage Mutant Ninta Turtle betul-betul wujud dalam sewer hahaha!

Last modified: 16 October 2019