Benda Penting Kena Tahu Pasal She-Hulk

Sembang

Selepas pengumuman oleh Disney di D23 Expo hari tu, She-Hulk secara rasminya akan diperkenalkan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) menerusi drama bersiri yang boleh ditonton kat Disney+ nanti. Tapi siapa sebenarnya She-Hulk ni?

Kalau mengikut asal usul She-Hulk yang mula diperkenalkan dalam komik Marvel yang bertajuk “Savage She-Hulk #1” ciptaan Stan Lee dan John Buscema pada tahun 1980, She-Hulk atau nama wataknya ialah Jennifer Walters merupakan sepupu kepada Bruce Banner iaitu Hulk.

Image Via : marvel.com

Selepas Jennifer Walters terlibat dalam satu kemalangan, Bruce Banner terpaksa mendermakan darahnya kepada Jennifer Walters untuk menyelamatkan nyawa Jennifer Walters. Tu jalan cerita kat dalam komik Marvel macam mana boleh wujudnya She-Hulk. Setakat ni belum ada lagi berita mengenai jalan cerita yang akan ditampilkan kat dalam drama bersiri She-Hulk kat Disney+.

Image Via : bestfunforall.com

Apa Super Power She-Hulk?

Super power She-Hulk lebih kurang sama macam super power yang dimiliki oleh Hulk. Cuma perbezaan dengan Hulk ialah She-Hulk lebih pintar dan bijak untuk mengawal emosi berbanding Hulk yang mengamuk tak tentu hala bila Bruce Banner berubah menjadi Hulk.

Image Via : bamsmackpow.com

Bila She-Hulk Akan Ditayangkan?

Drama bersiri She-Hulk dijangka akan mula ditayangkan di Disney+ selepas tahun 2021. Lama lagi tu. Disney+ pun belum lagi dilancarkan secara rasmi untuk tontonan orang ramai.

Setakat artikel ni ditulis pada 27 Ogos 2019, belum ada lagi pelakon yang dipilih untuk melakonkan watak She-Hulk dalam drama bersiri di Disney+. Tapi baru-baru ni, Mark Ruffalo yang memegang watak Bruce Banner dan Hulk dalam filem-filem Marvel sebelum ni, dah ucapkan selamat datang ke Marvel kepada She-Hulk.

Bila sebut pasal She-hulk ni. Mesti ramai yang akan bertukar menjadi Hulk bila kita terjumpa kelibat lipas dalam kereta bukan? Nak-nak bila kita ternampak lipas merangkak-rangkak dekat dashboard kereta. Harini kami nak share sikit link untuk korang bersihkan kereta daripada menjadi sarang untuk lipas. Dengan harga promosi serendah RM98, korang boleh dapatkan Cockroach Repellent Treatment with 14-Step Auto Detailing for 1 CarKLIK SINI. Kalau tak percaya,

KATALAKI: Siapa la agaknya pelakon wanita hot dan berotot yang terpilih untuk berlakon watak She-Hulk nanti. Siapa calon yang sesuai dalam fikiran korang?

Last modified: 5 November 2019