Benda Penting Yang Korang Kena Tahu Pasal FA Community Shield 2019

Aktif, Bola

Pada 4 Ogos 2019, pukul 10 malam waktu Malaysia, Manchester City dijadualkan akan bertemu Liverpool dalam perlawanan FA Community Shield 2019. Menjelang perlawanan epik untuk musim baru bola sepak Inggeris, ini antara info penting yang korang kena tahu pasal perlawanan FA Community Shield 2019.

Perlawanan FA Community Shield 2019 merupakan tanda akan bermulanya musim terbaru Premier League untuk musim 2019/20. FA Community Shield diadakan setiap tahun sebelum bermula perlawanan pertama Premier League setiap musim dan melibatkan pasukan yang menjadi juara Premier League dan juga juara Piala FA.

Memandangkan Man City merupakan juara Premier League 2018/19 dan juara Piala FA 2018/19, pasukan naib juara Premier League 2018/19 iaitu Liverpool, akan bertemu Man City dalam perlawanan FA Community Shield 2019.

Kenapa perlawanan ni dipanggil Community Shield? Sebelum ni digelar Charity Shield, sebarang pendapatan yang diterima daripada perlawanan Community Shield termasuk lah tiket perlawanan akan disalurkan kepada pasukan yang memerlukan dana untuk bersaing di peringkat awal dalam kejohanan Piala FA dan juga badan kebajikan. Tahun 2019 ni juga kali pertama pengadil wanita akan digunakan sebagai salah seorang pembantu pengadil untuk perlawanan FA Community Shield antara Man City dan Liverpool. Martin Atkinson akan ditugaskan sebagai pengadil utama.

Image Via : thefa.com

Peraturan baru yang diperkenalkan untuk Premier League musim 2019/20 juga akan pertama kali digunakan dalam perlawanan FA Community Shield 2019 nanti.

Manchester United merupakan pasukan yang paling berjaya dalam FA Community Shield dengan 21 kejuaraan sejak kali pertama FA Community Shield diperkenalkan pada tahun 1908. Liverpool dah pernah menang 15 kali dan Man City pernah menang 5 kali. Man City merupakan juara bertahan selepas berjaya tewaskan Chelsea dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan FA Community Shield 2018.

KATALAKI: Siapa taruhan korang untuk menang FA Community Shield kali ni? Man City atau Liverpool?

Last modified: 31 July 2019