Benda Yang Korang Kena Tahu Pasal Filem Baru X-Men

Sembang

Korang jangan tak tahu lak yang tahun 2019 ni akan ada filem terbaru X-men yang akan ditayangkan. Kali terakhir siri filem X-Men ditayangkan ialah pada tahun 2016 yang bertajuk X-Men: Apocalypse.

Poster filem X-Men: Apocalypse yang dikeluarkan pada tahun 2016.

Korang ingat lagi apa yang jadi dalam filem X-Men: Apocalypse? X-Men bergabung ramai-ramai sekali dengan Magneto kalahkan En Sabah Nur.

27 Februari hari tu dah keluar dah trailer kedua untuk siri filem terbaru X-Men bertajuk X-Men: Dark Phoenix. Yang tak tengok lagi tu, kami parking kat bawah ni trailer pertama dan kedua filem X-Men Dark Phoenix.

.

So, amacam trailer filem X-Men baru ni? Mengancam ke tak mengancam? Rasanya korang dah boleh nampak siapa watak jahat dalam filem ni. Dah tengok trailer, jom kita tengok lak benda penting yang korang kena tahu pasal filem X-Men: Dark Phoenix.

Apa Maksud Dark Phoenix Ni?

Masa ending filem X-Men: Apocalypse, Jean Grey yang menjadi watak penting untuk kalahkan En Sabah Nur menggunakan kuasanya yang diberi nama Phoenix dengan bantuan Professor X.

Kiranya Dark Phoenix ni ialah kuasa yang dimiliki oleh Jean Grey, tapi kali ni Jean Grey gunakan Dark Phoenix untuk berlawan dengan X-Men.

Bila Tarikh Tayangan?

Kalau tengok kat dalam trailer, filem ni akan ditayangkan pada 6 Jun 2019. Kebetulan, 6 Jun 2019 tu raya ke-2(insyaallah), so yang mana #TeamRayaKL tu boleh la beli tiket awal-awal tengok masa hari raya ke-2 nanti.

Superhero Mana Yang Confirmed Ada?

Setakat ni superhero yang memang confirmed akan buat kemunculan dalam filem ni dah tentu sekali Professor X dan superhero utama yang lain antaranya Magneto, Cyclops, Storm, Mystique, Beast, Quicksilver dan Nightcrawler.

Wolverine Ada Ke?

Wolverine takde bos. Wolverine dah habis. Setakat ni takde lagi berita yang Hugh Jackman akan kembali dalam siri filem X-Men selepas penampilan terakhir Wolverine dalam filem Logan pada tahun 2017.

Betul Ke Ni Filem Terakhir X-Men?

Sama ada betul ke tak filem ni filem terakhir X-Men yang dah start dari tahun 2000, pihak Disney dan 20th Century Fox je yang ada jawapan sekarang ni. Sebab sekarang ni Disney dalam proses untuk membeli 20th Century Fox. Maknanya semua filem milik 20th Century Fox akan jadi milik Disney, termasuk lah siri filem X-Men.

Lepas ni ada kemungkinan yang Disney akan reboot balik siri filem X-Men dengan pelakon-pelakon baru dan filem reboot pertama X-Men ni nanti mungkin akan bermula dengan filem The New Mutants. Nampaknya takde dah la James McAvoy sebagai Professor X, Jennifer Lawrence sebagai Mystique dan Michael Fassbender sebagai Magneto. Dalam trailer X-Men: Dark Phoenix kalau korang perasan, ada banyak kali dialog “This is the end” diungkapkan. Kita tunggu je la anouncement daripada Disney sendiri.

KATALAKI: Rasa kureng sikit Wolverine takde dalam X-Men. Hmmm.

Last modified: 1 March 2019