Benda Rare Dalam FIFA 19

Game, Tech

Rata-rata peminat atau pemain FIFA 19 dah pun beli dan main FIFA 19 yang secara rasminya dipasarkan pada 28 September 2018. Sejak memperkenalkan siri video game pertama FIFA pada tahun 1986 yang dikenali sebagai World Cup Carnival (Mexico ’86). Siri video game FIFA adalah game yang dikira sebagai game “must have” buat semua peminat dan pemain game bola sepak di konsol.

Apa comment korang yang dah main FIFA 19? Puas hati dengan grafik atau pun gameplay terbaru FIFA 19? Ke sama je? Kalau korang belum lagi beli FIFA 19 atau dah beli tapi tak buka lagi plastic, ni antara benda baru dan menarik dalam FIFA 19. Ayuh!

Dynamic Tactics

Kali pertama dalam sejarah FIFA 19 memperkenalkan features terbaru antaranya Dynamic Tactics. Apa benda lak Dynamic Tactics ni? Rileks brader.

Dynamic Tactics ni korang akan jumpa sebelum start match, dalam menu Team Management. FIFA 19 sediakan beberapa tactics mentality antaranya Ultra Defensive, Defensive, Balanced, Attacking dan Ultra Attacking yang korang boleh set tactics dan formation mengikut tactics mentality masing-masing. Contohnya korang nak main formation 3-5-2 untuk Attacking mentality atau 5-3-2 untuk Ultra Defensive mentality. Maknanya formation dan tactics boleh ditukar bila-bila masa dalam match ikut tactical style korang. Nahh gambar.

The Journey

Kali ni story mode The Journey kembali dengan 3 watak berlainan yang korang boleh main, Alex Hunter, Kim Hunter dan Danny Williams. Watak Kim Hunter dan Danny Williams memang dah ada dalam FIFA 18 sebelum ni. Tapi kali ni perjalanan story mode untuk Kim Hunter dan Danny Williams lebih panjang untuk korang main. Tapi bagi aku, agak draggy story mode The Journey kali ni sebab kita kena tukar ke setiap watak untuk storyline yang berbeza. Aku lebih enjoy untuk main The Journey dengan watak Alex Hunter je. Sampai sekarang tak habis lagi aku main The Journey!

House Rules

House Rules ialah antara mode kick-off terbaru yang disediakan dalam FIFA 19. Antara features yang ada dalam House Rules ni ialah No Rules, Long Range, Headers and Volley, Survival, dan First To…. Apa benda semua ni? Sabar jap.

No Rules

Match yang takde foul, takde offside, takde kad kuning atau merah, semua takde! Korang boleh main ikut suka hati korang macam mana cara nak menang. Boleh tackle sesuka hati, nak curi ayam pun boleh. Bayangkan korang main mode ni dengan member, confirm berkekeh-kekeh gelak dan mungkin ada adegan joystick terbang!

Long Range

Gol yang dijaringkan dari luar kotak penalti, dikira 2 gol. Contoh, match masih 0-0. Lepas tu korang score dari luar kotak penalti, terus jadi 2-0!

Headers and Volley

Gol hanya dikira kalau korang score melalui header dan volley sahaja.

Survival

Setiap kali korang score satu gol, satu player pihak lawan akan berkurang. Kalau salah satu team kurang dari 7 player, dikira kalah!

First To…

Mode ni macam korang main bola padang zaman sekolah atau kolej dulu. Korang boleh set team mana yang dapat score 5 gol dulu, dia la yang menang. Berapa gol korang nak set ikut suka korang.

Setiap tahun game FIFA terbaru keluar, confirm menjadi bualan atau fenomena sepanjang tahun. Tak kisah la dapat good review ke bad review ke. Kita confirm nak main game FIFA yang terbaru kan? Nak-nak lagi dengan line-up terbaru setiap musim. CR7 dalam Juventus, Riyad Mahrez dalam Manchester city, dan banyak lagi pemain yang dah pindah ke kelab baru. Mantap!

KATALAKI: E-sports dekat Malaysia dah semakin dikenali dan diterima ramai. Lepas ni harap-harap ada ramai player dari Malaysia main di peringkat antarabangsa!

Last modified: 7 November 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *