Benda Yang Korang Tak Patut Buat Time Makan Pedas

Collab, Sembang

Rakyat Malaysia kalau tak makan makanan pedas satu hari ibarat mandi pagi tak gosok gigi. Senang cerita, makanan pedas boleh menambahkan lagi kepuasan dan melengkapkan sajian harian yang dimakan oleh seorang rakyat Malaysia. Tapi korang tak tahu sebenarnya ada benda yang korang tak patut buat kalau makan makanan pedas? Ini info penting untuk korang yang suka sangat melantak makanan pedas.

Jangan Minum Air Biasa Tapi Minum Air Yang Berasaskan Susu

Minum air suam atau manis boleh menyebabkan rasa pedas tersebar ke seluruh kawasan di dalam mulut. Sebaiknya, minum air yang berasaskan susu sama ada yogurt, susu segar, susu penuh krim dan macam-macam lagi jenis susu.

Image Via : healthline.com

Susu boleh melarutkan capsaicin, sejenis komponen yang ada di dalam cili dan boleh menghilangkan rasa pedas.

Jangan Minum Air Bergas

Image Via : marketexpert24.com

Sama macam minum air biasa, kalau minum air bergas lagi membuak-buak la rasa pedas dalam mulut korang.

Jangan Lupakan Makanan Berkarbohidrat

Image Via : healthline.com

Makanan berkarbohidrat juga boleh melegakan rasa pedas di dalam mulut antaranya nasi, kentang atau pun roti.

Jangan Makan Pedas Masa Perut Kosong

Makan makanan pedas masa perut kosong boleh menyebabkan kesan reaksi berasid di dalam perut dan mungkin juga akan mengakibatkan perut berasa pedih. Terus hilang rasa kepuasan makan pedas tu.

Cabaran #JanganKelipMata

Baru-baru ni, kami cuba mencabar diri sendiri untuk makan “MAGGI Pedas Giler 2x” dan menahan pedas sambil melakukan beberapa aktiviti yang tak patut dilakukan kalau makan makanan pedas. Antaranya tak boleh kelip mata masa makan, rapping, tiup belon dan macam-macam lagi lah. Korang try usha video kat bawah ni. Mungkin korang pun boleh try gak?

 KATALAKI: Nak tahu macho ke tak macho, ce makan maggi pedas ni depan awek. Ya tak ya?

Last modified: 4 September 2019