Benda Yang Orang Kena Tahu Tentang 5G!

Gadget, Tech

Korang tahu tak apa itu 5G? 5G ini adalah jaringan komunikasi generasi kelima daripada Internet Connection yang memiliki kecepatan yang lebih tinggi dan connection yang lebih stabil pada peranti smartphone dan peranti-peranti yang lain.

Jaringan ini bukan sahaja mampu mempercepatkan proses untuk file transfer tapi ia juga mampu mewujudkan teknologi Internet of Things yang mana ia dapat menyediakan infrastruktur untuk data distributor dalam jumlah yang lebih besar dan mampu merialisasikan kewujudan Smart City!

Semakin banyak negara-negara maju yang mula memperkenalkan teknologi 5G kepada peranti mereka seperi China, USA dan Korea Selatan. So hari ini aku nak share dengan korang beberapa info penting yang korang perlu tahu tentang teknologi 5G ini.

KELEBIHAN 5G

Terdapat beberapa kelebihan yang dihadirkan dengan teknologi 5G, Antaranya seperti kadar download dan upload yang lebih cepat bagi memudahkan pengguna download dan upload file yang besar daripada internet.

Bagi korang yang suka streaming video tak kiralah di Youtube ataupun di Netflix, korang akan dapat melihat videovideo ini dengan lebih lancar dan stabil tanpa buffering dan lagging. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan panggilan suara dan memaksimumkan penggunaan panggilan video dengan kualiti yang lebih bagus.

Ia juga dapat mewujudkan teknologi Internet of Things dengan menghubungkan lebih banyak peranti dengan connection internet dan melahirkan lebih banyak lagi teknologi seperti selfdriving car dan smart city!

KELAJUAN 5G

Walaupun kita masih belum dapat kenalpasti seberapa pantas connection untuk teknologi 5G ini berbanding dengan teknologi sebelumnya seperti 3G dan 4G, namun beberapa pendapat di internet mula memberikan gambaran tentang berapa lajunya 5G ini.

Sebahagian pendapat menyatakan yang jaringan 5G mampu transfer data dengan kepantasan 10GB sesaat dan ada yang menyatakan ia mampu pergi lebih laju daripada itu iaitu sehingga 800GB sesaat!

Dengan kepantasan macam ini, pengguna macam korang dan aku akan memiliki akses untuk melihat video-video dengan kualiti HD tanpa sebarang buffering contohnya. Tak dilupakan kita mampu untuk download dan upload sebarang filefile yang besar dalam sekelip mata sahaja.

PERANTI YANG SESUAI

Buat masa ini tidak banyak peranti yang dihadirkan dengan teknologi 5G. Antara peranti yang berkemungkinan didatangkan dengan teknologi 5G pada tahun ini adalah seperti Samsung Galaxy S10, Huawei P30 or Mate 30, dan ONEPLUS 7 contohnya.

Namun ramai berpendapat masuk saja tahun 2020, hampir kesemua peranti akan mempunyai teknologi 5G ini dan pada masa itu tiada lagi peranti yang didatangkan dengan teknologi 3G lagi. 4G adalah paling minimum. Tapi aku yakin semua peranti seperti smartphone contohnya akan berlumba-lumba untuk memasukan teknologi 5G ini didalam peranti dorang!

KATALAKI: Internet dah laju tapi kalau nak reply whatsapp member pun lembap susah juga bro!

Last modified: 20 February 2019