Berakhirnya Riwayat Windows 7

Sembang

Selepas Windows XP berjaya menambat hati pengguna-pengguna sistem operasi Windows sejak mula dipasarkan pada tahun 2001, Windows 7 tampil pada tahun 2009 menggantikan kegagalan Windows Vista yang muncul di pasaran pada tahun 2007.

Pada 14 Januari 2020, Microsoft mengumumkan secara rasmi mengenai penamatan semua jenis sokongan untuk Windows 7 selepas 10 tahun beroperasi. Kalau korang salah seorang pengguna yang masih menggunakan Windows 7, jangan cepat sangat cemas sebab Windows 7 masih lagi boleh digunakan seperti biasa. Cuma, takkan ada apa-apa update yang baru untuk Windows 7 akan dibekalkan oleh Microsoft pada masa akan datang. Ini akan menyebabkan komputer atau laptop korang dalam bahaya dan boleh terdedah kepada virus baru yang akan muncul suatu hari nanti. Sekarang korang dah boleh cemas.

Jalan terbaik untuk korang yang masih lagi menggunakan Windows 7 adalah dengan menaik taraf sistem operasi komputer atau laptop kepada Windows 10 atau sistem operasi lain pun boleh ikut suka hati korang. Kalau yang dah lupa pasal Windows 7, jom kita tengok balik apa kelebihan yang ada kat Windows 7 sehingga diangkat sebagai salah satu sistem operasi terbaik yang pernah dicipta oleh Microsoft.

Windows Taskbar

Image Via : lifewire.com

Kalau nak dibandingkan dengan Windows XP, Windows 7 memiliki Windows Taskbar yang lebih mudah digunakan oleh pengguna dan menampilkan grafik yang lebih cun.

Windows Action Center

Image Via : lifewire.com

Masa kat Windows 7, Windows Action Center adalah logo bendera yang korang nampak kat bahagian taskbar. Windows 10 pun ada gak Windows Action Center tapi dah lebih canggih. Kali pertama Windows Action Center diperkenalkan adalah menerusi Windows 7 sebagai salah satu cara untuk bagi tahu pengguna kalau ada apa-apa update yang diperlukan atau apa-apa masalah yang perlu diselesaikan.

Windows Theme

Image Via : lifewire.com

Windows XP dan Windows Vista ada gak Windows Theme, tapi Windows Theme yang dimiliki oleh Windows 7 antara yang dipuji ramai oleh pengguna disebabkan pengguna boleh tukar ikut selera sesuka hati. Nak tukar wallpaper boleh, bunyi boleh, screensaver pun boleh, warna Windows Taskbar pun boleh ditukar dan macam-macam lagi lah.

Windows Gadget

Image Via : lifewire.com

Ni salah satu kemudahan yang paling best kat Windows 7 sebab pengguna boleh pilih sendiri nak guna jenis jam yang macam mana, suhu cuaca, kalendar dan CPU Meter. Windows Vista pun ada gak Windows Gadget tapi masih tak boleh kalahkan Windows Gadget kat Windows 7.

KATALAKI: Windows 10 keluar tahun 2015. Bila agaknya akan muncul Windows terbaru nanti. Jangan flop macam Windows Vista sudah.

Last modified: 3 February 2020