Berbaloi Ke Beli GoPro Hero 7 Silver Edition? + GIVEAWAY

Gadget Bro, Watch

Hari ini kita akan review GoPro Hero 7 Silver Edition. Hero 7 Silver Edition ini adalah camera terbaru yang dikeluarkan oleh GoPro. Terdapat dua lagi version iaitu Hero 7 White dan Hero 7 Black edition. Silver ni kira yang tengah-tengah antara white dan black. Tapi berbaloi ke nak beli GoPro Hero 7 Silver Edition ni?

Untuk kualiti gambar, Hero 7 Silver edition mempunyai camera sebesar 10 megapixel dengan wide dynamic range. Berbeza dengan Black Edition yang mana mempunyai camera lagi besar iaitu 12 megapixel dengan SuperPhoto.

via GIPHY

Bagi quality video pula, Hero 7 Silver Edition boleh merakam video sebesar 4K dengan 30fps manakala untuk Black Edition pula mampu untuk merakam sehingga 4K dengan 60fps. Satu perbezaan yang paling ketara untuk Silver dan Black Edition adalah untuk Silver Edition cuma terdapat standard video stabilization berbanding Black Edition yang disertakan fungsi Hypersmooth.

Tiada screen dihadapan untuk Hero 7 Silver Edition seperti mana yang terdapat pada Black Edition. Untuk battery pula, hanya battery pada Black Edition sahaja yang boleh dikeluarkan manakala untuk White dan Silver Edition terdapat build in battery bersama-sama dengan camera.

Kalau korang tengok, GoPro dah tak didatangkan dengan waterproof casing macam dulu sebab GoPro baru ini memang dah dibina dengan pelindung waterproof. Sebab itu dengan body dia ada rasa maca getah sikit. Terdapat beberapa button disini seperti on off button dan mode button. Screen dibelakang gopro ini dibina dengan fungsi touch screen so korang boleh swipe left or right sahaja untuk tukar mode dia.

via GIPHY

Dibahagian tepi pula terdapat port untuk USB C untuk charging dan slot untuk micro sd card. Berbeza dengan Hero 7 Black Edition dan GoPro terdahulu, Lens pada Hero 7 Silver Edition tak boleh dibuka sebab dia dah build in dengan camera. So kalau korang jenis minat sukan extreme, korang kena extra careful bila guna GoPro Hero 7 Silver Edition. Sekali lens korang pecah or retak, memang kau kena beli GoPro barulah cerita dia!

Kalau ikutkan aku, aku rasa kalau korang ada duit lebih better korang beli yang Black Edition. Kalau korang tak mampu nak beli yang Black Edition, jangan beli yang Silver Edition or White Edition. Korang guna duit korang tu dan pergi cari GoPro Hero 5 yang secondhand dekat luar sana. Aku rasa itu lagi berbaloi daripada GoPro 7 Hero White Edition or Silver punya Edition

via GIPHY

Macam biasa tak GadgetBro kalau tak ada giveaway betul tak? So kalau korang nak menang GoPro Hero 7 Silver Edition ini? Korang klik dekat SINI. Giveaway ini aku akan open sampai 01/04/2019!

KATALAKI: Cepat join giveaway bro!

Last modified: 25 March 2019