Berita Gembira Untuk Peminat FIFA 19!

Game, Tech

Korang kaki FIFA 19? Ini ada satu berita best untuk peminat permainan video FIFA 19. Minggu ini pihak Adidas Football telah berkerjasama dengan Electronic Art (EA) untuk mengeluarkan jersi limited edition untuk 4 team gergasi dunia.

4 jersi team yang akan dikeluarkan adalah jersi team Real Madrid, FC Bayern, Juventus dan juga Manchester United! Apa yang menariknya bila korang beli jersi ini, jersi kit tersebut boleh di redeem secara digital supaya team korang dalam FIFA 19 jugak boleh menggunakan jersey yang sama. Barulah ngam main FIFA 19 korang dengan player same jersey betul tak?

Kesemua digital jersey kit ini boleh di redeem di semua platform iaitu PS4, Xbox One, PC dan juga Nintendo Switch. Dah nama pun limited edition, jersi ni hanya akan dikeluarkan sebanyak 7,000 helai sahaja. Di bawah ni senarai branch untuk korang beli jersey limited edition ni:

  • Football Republic KLCC
  • Football Republic Sunway Pyramid
  • Adidas Sport Performance Store Pavilion
  • Adidas Sport Performance Store KLCC
  • Adidas Sport Performance Store Sunway Pyramid
  • Adidas Sport Performance Store One Utama

Korang jugak boleh beli secara online di website rasmi Adidas. Untuk Info tentang macam mana cara untuk korang redeem jersey ni dekat game FIFA 19, korang boleh check di SINI.

KATALAKI: Lepas ni bolehlah eksyen dengan bro-bro lain sambil pakai jersey limited edition ni!

Last modified: 30 November 2018