Berita² Palsu Internet Yang Ramai Pernah Percaya

Sembang

Daripada berita-berita tentang kewujudan alien mahupun perkara-perkara yang mistik dan pelik-pelik sering kita dengari dan ada sesetengah daripada kita yang cepat sahaja percaya atau share di platform media sosial.

Kadang-kadang perkara atau benda yang dikongsikan itu belum tentu lagi sahih atau ianya hanya sekadar untuk mendapatkan perhatian dan meraihkan keuntungan sesetengah pihak.

Maka dengan itu, baru kita usha benda-benda fake yang ada percayakan ianya adalah perkara atau benda yang sebenar. Jom check it out.

PEMBEDAHAN ALIEN DI TV

Pada tahun 1995, saluran Fox Television menyiarkan sebuah filem yang memaparkan pembedahan tubuh bangkai mahluk angkasa lepas yang dikatakan telah ditemui di Rosswell, New Mexico yang dipercayai Alien tersebut telah terhempas daripada spaceship. Namun dalang sebenar yang menyiarkan filem itu filem tersebut adalah Ray Santilli, seorang pengarah filem yang dikatakan telah digunakan untuk disiarkan di saluran TV tersebut. Namun selepas itu, Ray Santilli dan rakannya mengaku bahawa rakaman filem tersebut adalah lakon semula daripada pembedahan sebenar autopsi makhluk asing.

LONELYGIRL15

Image via: https://scriptmag.com

Akaun Youtube milik seorang gadis dengan nickname Lonelygirl15. Ianya merupakan antara vlogger terawal di Youtube yang mencecah 100,000 jumlah subscribers, dimana pada tahun itu jumlah tersebut adalah jumlah yang sangat besar. Akaun Lonelygirl15 dikatakan adalah milik seorang gadis bernama Bree yang mengatakan keluarganya terlibat dalam kultus pembunuh.

Namun terdapat beberapa peminat yang telah mendedahkan identiti sebenar Bree dimana akaun Lonelygirl15 adalah sebuah projek rahsia dan sebuah talent agency di Hollywood. Rupa-rupanya Bree adalah seorang pelakon berusia 20 tahun yang bernama Jessica Rose dan setiap siri video vlog di dalam channel Youtube tersebut adalah scripted. 

THE CARDIFF GIANT

Pada tahun 1869, sebuah batu gergasi setinggi 10 kali yang menyerupai seorang lelaki telah dijumpa oleh seorang bekerja yang sedang menggali sumur di Cardiff, New York Amerika Syarikat. Pemilik tempat batu tinggi tersebut telah mengenakan bayaran $0.50 untuk sesiapa yang ingin melihat figura batu tersebut. Namun batu patung figura lelaki tersebut telah didedahkan yang ianya adalah sebuah batu yang fake yang diwujudkan oleh seorang kaki prank bernama George Hull

Georger Hull telah mencipta gergasi palsu itu sebagai gurauan setelah bertekak dengan seorang Methodist mengenai sama ada tuntutan Genesis yang pernah menyatakan mahkluk gergasi pernah memerintah bumi harus diambil secara harfiah. Setelah puas hati menipu dengan prank gergasi palsu tersebut,

PAUL MCCARTNEY DAH MATI

Salah satu lubuk yang ada di Internet ini adalah apabila kita sering mendapat berita-berita fake tentang kematian-kematian artis antarabangsa. Salah seorang artis antarabangsa yang sering menerima berita-berita fake tentang dirinya adalah Sir Paul McCartney yang selalu dijadikan bahan tentang berita kematian.

Ada sesetengah pihak yang juga merupakan peminat sejati The Beatles mempercayai bahawa pemain bass kumpulan itu, Sir Paul McCartney telah pun meninggal dunia dan digantikan dengan seorang jejaka yang memiliki rupa yang sama dengan Paul McCartney. Golongan yang mempercayai theory ini telah mengelarkan Paul McCartney yang wujud pada zaman ini sebagai Fake Paul atau Faul McCartney. Kalau korang ada masa yang banyak, boleh layan dokumentari tentang theory kematian Paul McCartney ni, seram jugak la geng!

Zaman sekarang ni kita memang kena banyakkan sumber rujukan sebelum kita percaya berita-berita yang disebarkan, terutama sekali berita-berita mahupun cerita yang dikongsikan dalam group Whatsapp ataupun bebenang Twitter. Terutama sekali penyebaran berita-berita tentang Covid-19. Kalau korang nak tahu tentang sumber rujukan terbaik, korang boleh usha artikel kat SINI.

KATALAKI: Fake news dengan kawan-kawan yang fake sama je. Dua-dua tak boleh pakai!

Last modified: 24 March 2020