#BeritaTech – ASUS Keluarkan Dua Laptop Terbaru!

Gadget, Tech

Baru-baru ini, pihak ASUS telah melancarkan dua laptop terbaru mereka iaitu ASUS VivoBook Ultra K403 dan juga ASUS VivoBook Ultra X Kittie Yiyi, hasil kerjasama ASUS dengan pereka fesyen tanah air iaitu Kittie Yiyi.

ASUS VivoBook Ultra K403 mempunyai body yang agak nipis dan ringan. Walaupun agak nipis, body ASUS VivoBook Ultra K403 ini diperbuat daripada bahan tahan lasak dan battery untuk laptop ini mampu bertahan sehingga 24 jam.

Dengan display panel yang hanya setebal 4.1mm dan 87% screen-to-body ratio, laptop Asus VivoBook Ultra K403 ini nampak lebih menarik dan berikan pengalaman penggunaan yang lebih bagus. Laptop ini dilengkapi dengan processor sehingga 8th Generation Intel Core i5 dengan dengan RAM sebesar 8GB dan 512GB SSD bagi memastikan penggunaan laptop ini berjalan lancar.

Terdapat dua harga untuk laptop ASUS VivoBook Ultra K403 ini mengikut spec yang korang pilih. Untuk spec dengan i3 processor, korang boleh dapatkan laptop ini dengan harga bawah RM3,000 dan untuk spec i5 processor yang harganya bermula daripada RM3,000 ke atas.

Satu lagi laptop yang dikeluarkan oleh ASUS adalah satu kerjasama dorang dengan pereka fesyen tempatan iaitu Kittie Yiyi. Laptop yang diberi nama ASUS VivoBook Ultra X Kittie Yiyi dikeluarkan dalam dua versi ASUS VivoBook Ultra A412 dan ASUS VivoBook Ultra A512.

Dengan warna dan rekaan yang yang bergaya, aku nampak laptop ini sangat sesuai dengan gadis-gadis urban. Dengan design dia yang agak nipis dan display NanoEdge memastikan pengguna mendapat kepuasan semasa menggunakan laptop ini.

ASUS VivoBook Ultra A412 dan A512 menggunakan processor Intel i5 generasi kelima dan mempunyai NVIDIA GeForce MX250 untuk graphic card. Laptop ini juga mempunyai RAM sebesar 16GB dan 512 SSD.

Terdapat empat warna yang korang boleh pilih iaitu Peacock Blue, Slater Grey, Transparent Silver dan Coral Crush. Kalau korang berminat untuk dapatkan kedua-dua laptop terbaru ASUS, korang boleh check out dekat SINI.

KATALAKI: Aku suka gila warna Coral Crush tu. Geram aku tengok!

Last modified: 18 June 2019