#BeritaTech – Battery Handphone Tahan Sebulan?!

Gadget, Tech

NOKIA 105

Minggu ini Nokia telah memperkenalkan handphone terbaru mereka yang dipanggil sebagai Nokia 105. Walaupun handphone yang dorang keluarkan ini agak berbeza dan teknologi yang diletakan pada handphone agak kebelakang tapi aku rasa handphone yang dorang keluarkan ini sesuai untuk dibuat sebagai back-up phone.

Jom kita tengok spec yang dorang letakkan pada handphone Nokia 105 ini. Handphone ini didatangkan dengan RAM sebesar 4MB dan juga storage yang mempunyai saiz yang sama iaitu 4MB. Saiz untuk handphone Nokia 105 ini pula sebesar 119 x 49.2 x 14.4mm.

Handphone ini mempunyai dua versi iaitu versi single SIM dan juga versi dual SIM. Berat untuk handphone ini juga berbeza untuk kedua-dua versi. Untuk versi single SIM ia mempunyai berat 74.04g termasuk battery dan untuk versi dual SIM pula adalah seberat 73.02g termasuk battery.

Saiz battery untuk handphone ini pula adalah sebesar 800 mAh dan boleh dikeluarkan. Salah satu feature dan selling point untuk handphone Nokia 105 ini adalah battery-nya mampu bertahan sehingga 26 hari dan talk time sehingga 14 jam.

Terdapat tiga warna yang dikeluarkan untuk Nokia 105 iaitu warna Blue, Black dan juga Pink. Buat masa ini tiada lagi maklumat bila smartphone ini akan mula dijual di pasaran Malaysia dan berapakah harga rasmi untuk handphone Nokia 105 ini.

HUAWEI Y9 PRIME

Baru-baru ini Huawei telah mengumumkan smartphone terbaru mereka yang mana akan dijual di pasaran Malaysia bermula pada 27 Julai 2019 ini. Smartphone yang diberi nama Huawei Y9 Prime mempunyai harga dibawah RM1,000 dan mempunyai beberapa feature menarik seperti Pop-Up Camera.

Antara spec yang di datangkan dengan smartphone ini adalah ia mempunyai cip Kirin 710, RAM sebesar 4GB dan juga storage sebesar 128GB. Disebabkan smartphone ini mempunyai feature Pop-Up Camera jadi screen-to-body ratio untuk smartphone ini juga agak besar iaitu sebesar 84.3%.

Screen display untuk smartphone ini pula adalah sebesar 6.59 inci dengan resolusi 1080p. Untuk camera pula, ia menggunakan triple rear camera setup yang sebesar 16 Megapixel + 8 Megapixel + 2 Megapixel. Manakala untuk camera hadapan pula, Huawei Y9 Prime mempunyai camera hadapan sebesar 16 Megapixel.

Smartphone ini mempunyai saiz battery sebesar 4000mAh dan mempunyai tiga warna yang korang boleh pilih iaitu Midnight Black, Sapphire Blue dan juga Emerald Green. Smartphone ini akan dijual pada harga RM899 sahaja dan boleh mula didapatkan di kedai rasmi Huawei bermula 27 Julai 2019 ini.

KATALAKI: Dua phone murah ni bro, pilih cepat nak beli yang mana!

Last modified: 26 July 2019