#BeritaTech – DJI Keluarkan Gimbal Terbaru!

Gadget, Tech

DJI OSMO MOBILE 3

DJI baru-baru ini telah mengeluarkan gimbal terbaru mereka untuk smartphone iaitu DJI Osmo Mobile 3. Ini merupakan gimbal ketiga untuk siri Osmo Mobile mereka selepas lebih kurang setahun mengeluarkan DJI Osmo Mobile 2.

Gimbal ini dikatakan akan mempunyai beberapa pernambahan feature dan yang menariknya ia boleh dilipat bagi memudahkan pengguna menyimpan dan membawanya ke mana-mana sahaja. DJI Osmo Mobile 3 ini dilihat lebih kecil berbanding DJI Osmo Mobile sebelum ini.

Ini akan memudahkan pengguna operate gimbal ini dengan sebelah tangan dan tidak membebankan pengguna menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Walaupun DJI Osmo Mobile ini lebih kecil namun battery yang diletakan pada gimbal ini boleh bertahan sehingga 15 jam seperti gimbal-gimbal DJI sebelum ini.

Jika sebelum ini pengguna susah untuk menukar daripada mod portrait kepada landscape, kini pengguna cuma perlu menekan Mode button sebanyak 3 kali dan gimbal ini akan rotate smartphone korang secara automatik. Gimbal ini sudah mula dijual dan boleh dibeli pada harga lebih kurang RM600+.

GARMIN SMARTWATCH

Baru-baru ini beberapa smartwatch yang dikatakan merupakan smartwatch terbaru keluaran Garmin telah leaks di social media. Menurut laporan WinFuture.de, terdapat lebih kurang enam smartwatch terbaru yang akan dikeluarkan oleh Garmin pada tahun ini.

Enam smartwatch tersebut adalah:

  • GARMIN VIVOACTIVE 4
  • GARMIN VIVOACTIVE 4S
  • GARMIN VENU 43MM
  • GARMIN VIVOMOVE STYLE
  • GARMIN VIVOMOVE 3 SPORT
  • GARMIN VIVOMOVE 3S

Garmin Venu dilihatkan mempunyai rekaan yang agak berbeza daripada Garmin Vivoactive dan Vivomove. Ia dikatakan mempunyai design yang lebih simple tapi feature yang diletakan agak advanced berbanding smartwatch sebelum ini.

Garmin Venu, Vivoactive 4 dan Vivoactive 4s dikatakan mempunyai feature untuk support Spotify dan juga Deezer. Selain itu ia tetap akan mempunyai ciri activity tracking dan juga feature Near Field Communication (NFC).

Bagi mereka yang mahukan rekaan yang lebih elegan, maybe Garmin Vivomove Style lebih sesuai dengan korang. Buat masa ini tiada info lanjut mengenai 6 jam terbaru Garmin ini dan ia dijangka akan diperkenalkan IFA 2019 yang mana akan berlangsung pada September tahun ini.

KATALAKI: Murah gila DJI Osmo Mobile 3 ni. Boleh dah start simpan duit!

Last modified: 20 August 2019