Dua Gaming Phone EPIC 2019

Gadget, Tech

ASUS ROG PHONE 2

Image Via: https://amanz.my

Nampaknya ASUS dah confirm akan keluarkan smartphone gaming terbaru dorang tahun ini. Smartphone yang diberi nama ASUS ROG Phone 2 ini dikatakan mempunyai spec yang lebih hebat daripada ASUS ROG Phone terdahulu.

Image Via: https://amanz.my

Menurut laporan daripada AMANZ, ASUS ROG Phone 2 ini dikatakan smartphone pertama yang menggunakan Qualcomm Snapdragon 855 Plus yang mana mempunyai higher clock speeds untuk CPU dan juga GPU. Senang cerita performance dia lebih bagus daripada Qualcomm Snapdragon 855 yang biasalah.

Image Via: https://amanz.my

Selain daripada menggunakan cip yang hebat, spec ASUS ROG Phone 2 yang lain juga telah menjadikan smartphone ini antara smartphone yang paling hebat akan dikeluarkan tahun ini. Screen untuk smartphone ini adalah sebesar 6.59 inci AMOLED dengan refresh rate 120Hz.

Refresh rate ini korang still boleh tukar dari 120Hz ke 60 ataupun 90Hz untuk mengurangkan penggunaan battery. Tapi rasanya korang boleh teruskan guna 120Hz saja sebab battery yang dorang letak dalam ASUS ROG Phone 2 sangatlah besar iaitu 6,000mAh!

RAM dia juga sangat besar iaitu 12GB dan storage sebesar 512GB. Bagi camera pula dia menggunakan dual rear camera setup iaitu sebesar 48 Megapixel + 13 Megapixel. Bagi camera hadapan pula adalah sebesar 24 Megapixel. Buat masa ini tiada lagi tarikh ASUS ROG Phone ini akan mula dijual di Malaysia dan berapa harganya.

BLACK SHARK 2 PRO

Tahun ini juga Xiaomi nampaknya akan mengeluarkan smartphone gaming terbaru mereka iaitu Black Shark 2 Pro melalui satu poster yang mana dikatakan mereka akan perkenalkan smartphone ini pada 30 Julai 2019 ini.

Setakat ini tiada lagi info berkenaan spec yang dorang akan gunakan tapi kemungkinan besar smartphone Black Shark 2 Pro ini juga akan menggunakan Qualcomm Snapdragon 855 Plus seperti ASUS ROG Phone 2 yang aku perkenalkan tadi.

Jadi setakat ini, 3 gaming phone utama iaitu ASUS ROG Phone 2, Black Shark 2 Pro dan Nubia Red Magic 3 adalah gaming smartphone yang dah confirm dan mungkin akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 855 Plus. Adakah Razer juga akan mengambil langkah untuk join geng-geng gaming smartphone Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan keluarkan Razer Phone 3?

KATALAKI: So yang mana korang nak pilih? Ke beli tiga-tiga sekali terus? hahaha!

Last modified: 25 July 2019