Harmony OS, Operating System Daripada Huawei!

Gadget, Tech

HUAWEI HARMONY OS

Pada minggu lepas, pihak Huawei akhirnya telah memperkenalkan operating system terbaru mereka pada acara Huawei Developer Conference 2019. Operating system yang diberi nama HarmonyOS ini merupakan operating system yang sama yang pernah leak sebelum ini iaitu Hongmeng.

CEO Huawei Consumer, Richard Yu mendakwa operating system Harmony yang dikeluarkan mereka berbeza dengan operating system yang ada sekarang seperti IOS dan juga Android. Dia juga memberitahu yang operating system ini boleh crossover dengan semua peranti yang mereka miliki seperti smartphone, smart tv, smartwatch, smart car dan lain-lain.

HarmonyOS dikatakan akan lebih lancar dan lebih stabil berbanding Android dan pihak Huawei memberikan jaminan yang mana operating system Harmony ini akan mengurangkan responce latency pada aplikasi yang terdapat pada peranti pengguna kepada 25%.

Nampaknya selepas isu Android dan beberapa syarikat lain cuba untuk ban pengunaan teknologi mereka pada peranti Huawei pada awal tahun itu hari telah membuatkan pihak Huawei betul-betul bekerja keras untuk tidak lagi mengunakan operating system daripada pihak luar dan hanya fokus kepada operating system mereka sendiri.

HONOR VISION SMART TV

Selain memperkenalkan operating system terbaru mereka, pihak Huawei turut memperkenalkan dua model smart tv terbaru mereka iaitu HONOR Vision  dan HONOR Vision Pro. Nampaknya ini merupakan salah satu cara bagi Huawei dan HONOR memastikan mereka berada dalam golongan seperti LG, Samsung dan Xiaomi yang mana pernah mengeluarkan smart tv juga sebelum ini.

Bagi HONOR Vision ia akan dijual pada harga RMB3,799 untuk versi 2GB+16GB dan HONOR Vision Pro pula akan dijual pada harga RMB4,799 dengan versi 2GB+32GB. Kedua-dua smart tv ini dikatakan akan menggunakan HarmonyOS iaitu operating system terbaru daripada Huawei.

Kedua-dua smart tv ini mempunyai screen size yang sama iaitu sebesar 55 inci dengan 4K HDR Display. Bezel yang terdapat pada smart tv ini juga boleh dikatakan agak nipis dan ini membuatkan ia mempunyai screen-to-body ratio sebesar 94%.

Tapi terdapat kelainan sedikit pada HONOR Vision Pro kerana pada smart tv ini akan dilengkapi dengan pop-up camera bagi membolehkan pengguna mengunakan smart tv ini untuk video call dan merakam video pada resolusi 1080p dengan 30fps. Setakat ini belum ada info sama ada smart tv daripada HONOR ini akan dijual di pasaran Malaysia ataupun tidak.

KATALAKI: Smart TV siap pop-up camera memang nampak smart juga eh?

Last modified: 16 August 2019