#BeritaTech: Instagram Mula Menyorok Likes Pada Gambar Dan Video!

Gadget, Tech

INSTAGRAM SOROK LIKES!

Minggu ini, pihak Instagram telah mengembangkan lagi ujian untuk menyorok Likes pada gambar dan video yang di upload oleh pengguna daripada dilihat oleh pengguna lain. Sebelum ini pada April yang lepas mereka telah memulakan ujian ini kepada pengguna Instagram di Kanada.

Pada minggu ini pula, mereka telah mengembangkan ujian ini di enam negara lain iaitu, Australia, Brazil, Ireland, Itali, Jepun dan juga New Zealand. Pengguna-pengguna Instagram di negara ini tidak akan nampak jumlah Likes pada gambar-gambar akaun yang mereka Follow lagi selepas ini.

Menurut laporan The Verge, feature ini boleh ditutup dan ditukar kepada asal balik untuk membolehkan Followers mereka melihat kembali jumlah Likes pada gambar dan video yang mereka paparkan di Instagram. Wakil daripada Instagram memberitahu yang mereka mahukan pengguna kembali fokus berkongsi gambar-gambar yang menarik dan bukannya hanya fokus kepada berapa banyak Followers dan Likes sahaja.

Perkara ini mungkin akan memberi kesan kepada social media influencer dan mereka yang mementingkan Likes yang banyak pada gambar mereka. Nanti kalau dorang dah mula dekat Malaysia, bolehlah kita tengok siapa yang tak kisah tentang Likes dan siapa yang pentingkan Likes hahahaha!

REDMI K20 PRO HARGA RM28,000+!

Macam mana nak tunjuk dekat semua orang yang korang memang banyak duit? Well ada banyak cara sebenarnya dan antaranya adalah korang boleh beli smartphone Redmi K20 Pro yang diperbuat daripada emas dan dijual pada harga lebih daripada RM28,000!

Smartphone Redmi K20 Pro bukan sahaja diperbuat daripada emas tapi juga mempunyai diamond decoration dibahagian body smartphone ini. Menurut satu Tweet yang dikeluarkan oleh akaun rasmi Twitter Redmi India, cuma 20 unit sahaja akan dijual untuk edisi bangsawan ini.

Spec untuk smartphone Redmi K20 Pro ini adalah seperti berikut:

  • Snapdragon 855
  • RAM sehingga 8GB
  • Storage sebesar 256GB
  • 4000mAh Battery
  • 6.39 inci FullHD+ AMOLED Display
  • Triple Rear Camera Setup: 48 Megapixel + 13 Megapixel + 8 Megapixel
  • Popup Front Camera: 20 Megapixel

KATALAKI: Korang rasa ada ke orang dekat Malaysia yang akan pakai Redmi K20 Pro versi bangsawan ni? hahaha!

Last modified: 19 July 2019