#BeritaTech – Jom Cari Jodoh Dekat Facebook!

Gadget, Tech

ACER CHROMEBOOK 311

Baru-baru ini pihak Acer telah mengeluarkan satu laptop terbaru yang dikhaskan untuk para pelajar. Laptop yang diberi nama Acer Chromebook 311 ini mempunyai ciri-ciri ketahanan dan battery-nya mampu bertahan lebih lama berbanding dengan laptop jenama lain dipasaran.

Dengan menggunakan processor Intel Celeron N4100, laptop ini lebih mampu membahagikan tenaga dengan cekap dan membolehkan battery laptop ini bertahan sehingga 12 jam dengan sekali charge. Ini akan memudahkan para pelajar dan mereka tidak lagi perlu membawa pengecas setiap masa.

Acer Chromebook 311 ini juga dilengkapi dengan 4GB RAM dan mempunyai eMMC (Embedded MultiMediaCard) sebesar 32GB. Salah satu selling point untuk laptop Acer Chromebook 311 ini adalah daya ketahanannya. Body untuk laptop ini telah diuji dengan ujian standard ketenteraan Amerika Syarikat (MILSTD 810G) yang mana ia mampu bertahan walaupun terjatuh daripada ketinggian 122cm dan mampu menahan bebanan sehingga 60KG. Bagi korang yang berminat, korang boleh dapatkan laptop Acer Chromebook 311 ini dengan harga RM1,299 sahaja di official store Acer dan penjual sah Acer seluruh negara.

FACEBOOK DATING

Bagi korang yang masih lagi kesepian, mencari teman hidup dan selalu fail bila cari jodoh dekat Tinder, sekarang ini korang boleh beralih pula ke Facebook kerana pada minggu ini Facebook telah mengumumkan yang feature terbaru mereka iaitu Facebook Dating yang mana sudah pun boleh digunakan oleh orang Malaysia.

Selain daripada Malaysia, terdapat 13 negara lain yang boleh menggunakan feature ini di Facebook. Antaranya adalah Singapore, Vietnam, Laos, Philippines, Brazil dan banyak lagi. Cara penggunaan feature ini juga nampaknya berbeza sedikit dengan Tinder yang mana, instead of korang swipe right or left, korang boleh menghantar terus pesanan ringkas kepada orang yang korang minat. Andaikata pesanan korang diterima, barulah korang akan di“match”kan satu sama lain.

Untuk menggunakan fungsi ini, korang cuma perlu update Facebook korang dan cari dibahagian See More kemudian korang klik pada bahagian Dating. Selepas itu korang akan setup profile korang seperti mana korang setup di Tinder. Perlu diingatkan yang feature ini perlu diaktifkan secara manual bagi mengelakan kekeliruan untuk profile orang yang sudah berpunya dan berkeluarga. So kalau korang jumpa member korang yang ada girlfriend or girlfriend korang sendiri masa test feature ini, percayalah yang dorang sendiri yang aktifkan feature ini hahaha!

KATALAKI: Yang dah ada awek and anak bini jangan pandai-pandai nak guna Facebook Dating ye…

Last modified: 7 May 2019