#BeritaTech – Keyboard Bangsawan & Smartphone Terbaru HTC!

Gadget, Tech

LOGITECH G915 & G815

Minggu ini pihak Logitech telah memperkenal dua keyboard terbaru bagi siri G mereka iaitu Logitech G815 dan juga Logitech G915. Keyboard ini boleh dikatakan antara keyboard ternipis yang pernah aku tengok. Nampak bergaya betul.

Walaupun kedua-dua keyboard ini nampak lebih kurang sama, Logitech G815 adalah keyboard jenis wired manakala Logitech G915 pula menggunakan wireless technology. Kedua-dua keyboard ini menampil design yang sangat nipis dan low profile GL switches.

Body untuk keyboard ini pula boleh tahan mantap kerana menggunakan aircraftgrade aluminium. So korang tak payah risaulah kalau korang tengah rage keyboard terpatah dua nanti hahaha! Jom kita tengok apa lagi feature yang ditawarkan untuk kedua-dua keyboard ini.

Menurut Logitech, G915 wireless keyboard boleh digunakan sehingga 12 hari berturut-turut walaupun korang turn of fungsi LIGHTSYNC RGB dia. Itupun kalau korang cuma menggunakannya selama 8 jam seharilah. Kalau korang guna lebih, masa penggunaan dia akan menurunlah.

Korang dah ready nak tahu harga dia? Untuk Logitech G815 harga dia adalah lebih kurang RM800+ manakala untuk Logitech G915 pula akan dijual lebih kurang RM1100+. Betul tak aku cakap keyboard ini keyboard geng-geng bangsawan? hahaha!

HTC WILDFIRE X

Lama rasanya aku tak dengar perkembangan tentang smartphone daripada HTC and nampaknya kali ini dorang dah mula buat comeback di pasaran India. Minggu ini dorang telah memperkenalkan smartphone terbaru dorang iaitu HTC Wildfire X. Ini merupakan smartphone pertama yang dikeluarkan oleh HTC untuk tahun ini.

Daripada segi screen, smartphone ini mempunyai screen sebesar 6.22 inci HD+ IPS dengan notch jenis Waterdrop. Screen-to-body ratio untuk HTC Wildfire X ini adalah sebesar 88.8%. Bagi bahagian processor pula, HTC Wildfire X ini menggunakan MediaTek Helio P22.

Terdapat dua versi untuk smartphone ini iaitu versi 3GB RAM dengan 32GB Storage dan juga versi 4GB RAM dengan 128GB Storage. Untuk operating system pula, HTC telah menggunakan Android 9 Pie untuk smartphone HTC Wildfire X ini.

Terdapat 3 camera dibelakang smartphone ini yang sebesar 12 Megapixel + 8 Megapixel dan 5 Megapixel. Manakala untuk camera hadapan pula adalah sebesar 8 Megapixel. Battery untuk smartphone dilihat agak kecil sedikit iaitu 3,300mAh tapi satu berita baik adalah ia menggunakan USB Type-C.

Buat masa ini tiada info sama ada smartphone ini akan dijual di Malaysia atau tidak. HTC Wildfire X ini dikatakan akan mula dijual di India pada 22 Ogos pada harga lebih kurang RM500+ untuk Versi 3GB+32GB manakala untuk versi 4GB+128GB pula akan dijual pada harga lebih kurang RM760+.

Ada lagi satu aku nak share yang pasti ianya berita baik untuk mereka yang gemarkan barangan teknologi terbaharu. Kalau korang sedang mencari wireless earbuds. Sekarang tengah ada promosi untuk EDIFIER TWS 1 – IPX 5 apt-X True Wireless Stereo Earbuds (Black) dimana korang boleh membeli dengan harga serendah RM149, jimat sebanyak 65% daripada harga asal tau.

KATALAKI: Aku bukan bangsawan so aku guna keyboard biasa-biasa jelah hahaha!

Last modified: 5 November 2019