#BeritaTech: Laptop & Smartphone Terbaru ASUS Dan HONOR!

Gadget, Tech

Laptop Terbaru ASUS

Pihak ASUS telah berkerjasama dengan AMD untuk mengumumkan beberapa laptop terbaru mereka yang dilengkapi dengan AMD Ryzen bagi semua pengguna-pengguna di Malaysia. Bagi mereka yang memang meminati barangan daripada ASUS dan AMD, mereka boleh memilih daripada gaming laptop premium seperti ROG Zephyrus G GA502 sehinggalah ke gaming laptop mampu milik seperti ASUS TUF Gaming FX505.

Bagi mereka yang mencari laptop yang kompak dan mudah dibawa kemana-mana, mereka boleh memilih laptop seperti ASUS VivoBook Ultra A412 ataupun ZenBook Flip 14 (UM462) yang bukan sahaja nipis dan mudah dibawa tapi didatangkan dengan design yang sangat menarik.

Bagi gaming laptop ROG Zephyrus G GA502, ia dilengkapi dengan AMD Ryzen APU dan NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti MAXQ graphic card dengan ROG Boost dan mempunyai display sehingga 120Hz. Manakala untuk gaming laptop mampu milik ASUS TUF Gaming FX505, ia dilengkapi dengan AMD Ryzen mobile APU terbaru dan GeForce GTX 1660 Ti GPU terbaru bagi memberikan lebih kuasa kepada laptop gaming mampu milik ini.

Bagi ASUS VivoBook Ultra A412 pula, ia merupakan world smallest 14″ laptop yang sangat ringan, bezel yang sangat nipis dan dilengkapi dengan AMD Radeon RX Vega 10 Graphic. Untuk ZenBook Flip 14 (UM462) pula, ia didatangkan dengan frameless NanoEdge display dan 10% lebih kecil berbading dengan ZenBook Flip sebelum ini. Ia juga dilengkapi dengan processor AMD Quad Core R5 terbaru.

HONOR 20 SERIES

Hari ini pihak HONOR telah memperkenalkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu HONOR 20 series untuk peminat-peminat mereka di Malaysia. Buat kali pertamanya HONOR telah memperkenalkan smartphone dengan Dynamic Holographic Design dan dilengkapi dengan camera belakang sebesar 48 megapixel AI Quad Camera.

Antara selling point yang terdapat untuk flagship terbaru daripada HONOR ini adalah Quad Camera setup yang terdapat pada belakang smartphone ini. Main camera untuk HONOR 20 series ini adalah sebesar 48 megapixel manakala untuk second camera adalah sebesar 16 megapixel Super Wide Angle Camera. Untuk third dan fourth camera pula adalah sebesar 2 megapixel Depth Assist Camera dan 2 megapixel Macro Camera.

Bagi camera hadapan pula, HONOR 20 series menggunakan camera sebesar 32 megapixel. Untuk screen pula, HONOR 20 series mempunyai display sebesar 6.26″dengan 91.7% screen ratio. Dibahagian depan pula, korang boleh nampak Punch Hole display yang mana ia menempatkan camera hadapan untuk smartphone ini.

Untuk bahagian processor pula, HONOR 20 series ini menggunakan 7nm Kirin 980 AI Chipset dengan DualNPU serta dilengkapi dengan 6GB RAM dan 128GB storage. Battery yang diletakkan untuk peranti terbaru daripada HONOR ini adalah sebesar 3,750mAh dan mempunyai feature HONOR SuperCharge yang mana ia mampu memberikan pengecasan yang lebih pantas iaitu 50% dalam masa 30 minit.

Smartphone HONOR 20 series ini mempunyai dua warna iaitu Midnight Blue dan Sapphire Blue. Flagship smartphone terbaru daripada HONOR ini akan berada dipasaran dalam masa yang terdekat dan ia akan dijual dengan harga RM1,699 sahaja. HONOR turut memberitahu yang apabila smartphone ini mula dijual nanti, HONOR akan memberikan beberapa freebies menarik bagi pelanggan terawal seperti HONOR Backpack, HONOR SoundStone dan HONOR Band 4. kesemua freebies ini bernilai lebih kurang RM500 bro!

KATALAKI: Nantikan video review aku untuk gaming laptop terbaru daripada ASUS!

Last modified: 24 May 2019