#BeritaTech: Laptop Terbaru Acer & Samsung X Star Wars Edition!

Gadget, Tech

SIRI ACER SWIFT 5 TERBARU!

Baru-baru ini, pihak Acer telah memperkenalkan laptop terbaru mereka untuk tahun 2019 bagi siri Acer Swift 5 yang mana kini dikuasakan oleh 10th Gen Intel Core processor terbaru dan NVIDIA GeForce MX250. Dengan design yang nampak elegan, Acer Swift 5 merupakan sebuah ultra-light laptop bersaiz 14 inci dengan berat 990 grams sahaja!

Chassis untuk laptop ini diperbuat daripada magnesium alloy bagi memastikan ia bukan sahaja mempunyai spec yang terbaik tapi juga mempunyai binaan yang mantap. Acer juga menyatakan yang yang Acer Swift 5 yang terbaru ini juga telah menerima anugerah CES Innovation Award Honoree bersama-sama dengan dua lagi product terbaru daripada Acer.

Acer Swift 5 ini juga didatangkan dengan wide viewing angle sehingga 170 degrees. Laptop ini juga mempunyai ultra narrow 3.97mm bezel pada IPS touch screen bagi memberikan screen-to-body ratio sehingga 86.4%. Laptop ini juga turut didatangkan dengan USB 3.1 Type-C connector terbaru yang menyokong Thunderbolt dan mempunyai daya tahan battery sehingga 11 jam untuk sekali pengecasan.

Dengan fungsi fast charging, laptop ini mampu memberikan penggunaan sehingga 4.5 jam dengan hanya charging selama setengah jam bagi menyenangkan pengguna yang sentiasa bergerak. Terdapat tiga versi yang korang boleh pilih untuk siri Acer Swift 5 terbaru ini. Untuk versi pertama ia didatangkan dengan Intel Core i7 processor dengan Intel Iris Plus Graphic. Ia juga didatangkan dengan 16GB LPDDR4X RAM support dan 512GB SSD. Untuk versi ia akan dijual pada harga RM4,699 dan dikeluarkan dengan warna Charcoal Blue.

Bagi mereka yang perlukan graphic power yang lebih tinggi untuk laptop Acer Swift 5, mereka boleh memilih untuk mendapatkan versi Intel Core i5 dengan NVIDIA GeForce MX250, 8GB LPDDR4 RAM dan 512GB SSD pada harga RM3,999 sahaja. Untuk versi ini ia cuma dikeluarkan untuk warna Moonstone White sahaja.

Bagi versi yang lebih murah, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan versi yang didatangkan dengan Intel Core i5 processor dengan Intel UHD graphic. Ia juga turut didatangkan dengan 8GB LPDDR4 RAM dan 512GB SSD. Untuk versi ia didatangkan dengan dua warna iaitu Charcoal Blue dan Moonstone White. Versi ini dijual pada harga RM3,699 sahaja.

SAMSUNG X STAR WARS!

Baru-baru ini pihak Samsung telah mengumumkan mereka akan mengeluarkan special edition Samsung Galaxy Note10+ bagi meraikan filem terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker yang akan ditayangkan pada 20 Disember 2019 ini.

Special edition Samsung Galaxy Note10+ Star Wars edition ini menampilkan rekaan Kylo Ren pada kotak Samsung Galaxy Note10+ ini. Ciri-ciri menarik lain yang disertakan untuk Samsung Galaxy Note10+ Star Wars edition ini adalah S-Pen yang berwarna merah seumpama lightsaber!

Pada bahagian belakang smartphone Samsung Galaxy Note10+ Star Wars edition ini juga menampilkan logo dan font Star Wars. Edisi ini juga turut menyertakan sebuah Galaxy Buds berwarna merah hitam khusus untuk Star Wars edition ini.

Samsung Galaxy Note10+ Star Wars special edition ini cuma akan dijual dalam limited quantity sahaja pada harga USD1,299.99 bermula pada 13 Disember 2019 di Amerika Syarikat. Ia cuma akan dijual di Amazon, selected Best Buy stores, Microsoft Store, Samsung.com dan juga beberapa official store terpilih Samsung sahaja. Buat masa ini tiada berita sama ada smartphone Samsung Galaxy Note10+ Star Wars Special Edition ini akan dijual di pasaran Malaysia ataupun tidak.

KATALAKI: OMG cantik gila wey Galaxy Note10+ Star Wars special edition ni wey!

Last modified: 25 November 2019