#BeritaTech – Xiaomi Lancarkan Smartphone Based On Android One!

Gadget, Tech

XIAOMI MI A3

Minggu ini pihak Xiaomi telah melancarkan smartphone terbaru mereka untuk A-series mereka. Xiaomi Mi A3 sebelum ini telah pun dilancarkan dan dijual di China dan minggu ini pihak Xiaomi telah bersetuju untuk menjual smartphone ini pada pasaran Malaysia pula.

Xiaomi Mi A3 merupakan smartphone yang berasaskan Android One ini mempunyai beberapa upgrade berbanding smartphone Xiaomi A-series yang terdahulu tapi turut melihatkan beberapa downgrade. Tapi harga dia still murah bro!

Antara upgrade yang dapat dilihat antara Xiaomi Mi A3 dengan smartphone A-series yang dikeluarkan sebelum ini adalah screen display yang digunakan. A-Series sebelum ini cuma menggunakan LCD screen sahaja tapi untuk Xiaomi Mi A3, ia menggunakan Super AMOLED Panel. Cumanya screen resolution untuk smartphone ini telah diturunkan kepada 720p sahaja.

Image Via: https://www.gearbest.com

Antara spec yang terdapat untuk smartphone ini adalah ia menggunakan Qualcomm Snapdragon 665 dan Adreno 610 untuk GPU. Terdapat dua versi yang korang dapatkan iaitu versi 4GB RAM dengan 64GB storage dan juga versi 4GB RAM dengan 128GB storage. Untuk storage korang still boleh upgrade sehingga 256GB menggunakan microSD.

Bagi bahagian camera, ia menggunakan triple rear setup camera yang sebesar 48 Megapixel, 8 Megapixel dan 2 Megapixel. Untuk camera hadapan pula, ia menggunakan camera sebesar 32 Megapixel. Camera hadapan terletak pada dewdrop notch pada screen sebesar 6.08 inci.

Bagi battery pula, Xiaomi Mi A3 menggunakan battery yang agak besar iaitu 4030mAh. Terdapat tiga warna yang korang pilih iaitu Kind of Gray, Not Blue dan More Than White. Macam yang aku cakap terdapat 2 versi yang korang boleh beli iaitu versi 4GB RAM + 64GB Storage dengan harga RM899 dan versi 4GB RAM + 128GB Storage dengan harga RM999.

XIAOMI MI BAND 4

Selain melancarkan smartphone terbaru mereka, Xiaomi juga turut memperkenalkan smartwatch terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi Band 4. Seperti smartphone Xiaomi Mi A3, smartwatch ini juga telah mula di perkenalkan di China dan terdapat perbezaan antara International release dengan yang hanya dijual pada pasaran China.

Antara perbezaannya, hanya Xiaomi Mi Band 4 untuk pasaran China sahaja yang di datangkan dengan NFC (Near Field Communication) bagi memudahkan pengguna menggunakan feature contactless payment melalui Alipay. Disebabkan itu harga untuk versi China lebih mahal sedikit berbanding dengan versi International.

Kalau nak dibandingkan dengan design terdahulu, tidak banyak beza antara Xiaomi Mi Band 4 dengan Xiaomi Mi Band 3. Untuk display, Xiaomi Mi Band 4 mempunyai 0.95 inci color AMOLED display dan mempunyai saiz yang sama dengan Xiaomi Mi Band 3.

Ia juga mempunyai sokongan Bluetooth 5.0 dan battery untuk smartwatch ini adalah sebesar 135mAh dan dikatakan mampu bertahan sehingga 20 hari. Korang boleh dapatkan smartwatch Xiaomi Mi Band 4 ini dengan hanya RM149 sahaja.

KATALAKI: Agak murah juga Xiaomi Mi A3 ni. 

Last modified: 31 July 2019